MEDIA STATEMENT (29 Jan 2015)
Sarawak voters have only one week to object the proposed redelineation by the Election Commission (EC), which will impact the outcomes of at least the next two general elections.
The Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0) thus urges registered voters in the following state and parliamentary constituencies that are unconstitutionally malapportioned to submit a formal objection to the EC before the objection period ends.
The 15 state constituencies below are grossly deviated from the state average size of 13,526 voters (obtained from dividing the total number of voters, 1,109,134, with the total number of state seats, 82):
1. Pelawan, 31,388 (whose voters are the worst off in the state, with a constituency size that is 132% bigger than the state average)
2. Pending, 30,881 (128%)
3. Bukit Asek, 28,908 (113%)
4. Dudong, 28,569 (111%)
5. Pujut, 26,532 (96%)
6. Senadin, 26,257 (94%)
7. Batu Lintang, 24,640 (82%)
8. Padungan, 22,873 (69%)
9. Piasau, 21,343 (58%)
10. Kota Sentosa, 21,247 (57%)
11. Tupong 20,713 (53%)
12. Repok, 20,282 (50%)
13. Batu Kitang (a new constituency), 20,107 (49%)
14. Batu Kawah, 19,643 (45%)
15. Tanjong Batu (new name “Kidurong”), 19,289 (43%)
Voters of the eight parliamentary constituencies listed below must also object as they are being disenfranchised by the excessive size of their constituencies compared with the state average of 35,779 (obtained from dividing the total number of voters with the total number of parliamentary seats, 31):
1. Bandar Kuching, 78,394 (whose voters are the worst off, with a constituency size that is 119% deviated from the state average)
2. Miri, 74,132 (107%)
3. Sibu, 66,375 (86%)
4. Stampin, 60,997 (70%)
5. Bintulu, 57,887 (62%)
6. Lanang, 57,477 (61%)
7. Petra Jaya, 51,987 (45%)
8. Mambong (new name, “Puncak Borneo”), 42,854 (20%)
While inland constituencies can be smaller as per the Federal Constitution provision to compensate for their difficulties in transportation and communications – what is termed “rural weightage” – urban constituencies should not be ‘punished’ by being saddled with a bigger-than-average voter base, notwithstanding the fact that this is also not provided for by the Federal Constitution.
The power to stop unabated malapportionment in Sarawak by the EC is in the hands of voters in the state. BERSIH 2.0 has no locus standi to submit any objections to the EC – and the EC has also rejected engagement with us.
What BERSIH 2.0 can do is to point voters to the serious flaws in the EC’s proposed redelineation, and urge Sarawak voters in the constituencies mentioned to take action as per their constitutional right.
Voters only have to download the Borang Bantahan found on the DART website (https://dart.bersih.org) and get at least 100 other registered voters in their constituencies to sign it and submit their objections by 4 February.
This is our call to Sarawakians: What you do this week may decide our future for the next 10 years.
Issued by,
The Steering Committee of BERSIH 2.0, which comprises –
Chairperson: Maria Chin Abdullah; Deputy Chairperson: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Treasurer: Masjaliza Hamzah; national representatives: Assoc. Prof. Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri and New Sin Yew; vice-chairpersons: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (East Peninsula), Thomas Fann (South Peninsula), Simon Lee Ying Wai (Central Peninsula) and Dato’ Dr Toh Kin Woon (North Peninsula).
———————————
KENYATAAN MEDIA (29 Jan 2015)
Pengundi Sarawak – tinggal satu minggu sahaja untuk menentukan masa depan kita!
Pengundi Sarawak hanya mempunyai satu minggu untuk membantah syor persempadanan semula yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang akan memberi kesan kepada keputusan sekurang-kurangnya dua pilihan raya umum yang akan datang.
Justeru, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menggesa pengundi berdaftar di Bahagian Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Persekutuan yang berikut, di mana peruntukan jumlah pemilih pengundi melanggar Perlembagaan Persekutuan, untuk mengemukakan bantahan rasmi kepada SPR sebelum tempoh bantahan berakhir.
Senarai di bawah menunjukkan 15 Bahagian DUN yang terlalu menyeleweng daripada saiz purata negeri – yakni, 13,526 pengundi (yang diperolehi dengan membahagikan jumlah pengundi seramai 1,109,134 dengan jumlah kerusi DUN sebanyak 82):
1. Pelawan, 31,388 (jumlah pemilih di sini 132% lebih besar daripada purata negeri dan penyelewengan saiz Bahagian DUN yang terbesar ini menyebabkan nilai undi pengundi di sini paling kecil berbanding dengan pengundi di Bahagian DUN yang lain)
2. Pending, 30,881 (128%)
3. Bukit Asek, 28,908 (113%)
4. Dudong, 28,569 (111%)
5. Pujut, 26,532 (96%)
6. Senadin, 26,257 (94%)
7. Batu Lintang, 24,640 (82%)
8. Padungan, 22,873 (69%)
9. Piasau, 21,343 (58%)
10. Kota Sentosa, 21,247 (57%)
11. Tupong 20,713 (53%)
12. Repok, 20,282 (50%)
13. Batu Kitang (kawasan baru), 20,107 (49%)
14. Batu Kawah, 19,643 (45%)
15. Tanjong Batu (nama baru “Kidurong”), 19,289 (43%)
Pengundi di lapan Bahagian Pilihan Raya Persekutuan yang disenaraikan di bawah juga mesti membantah kerana jumlah bilangan pemilih terlalu berlebihan berbanding dengan purata negeri sebanyak 35,779 (yang diperolehi dengan membahagikan jumlah pengundi dengan jumlah kerusi Parlimen sebanyak 31):
1. Bandar Kuching, 78,394 (jumlah pengundi di sini 119% lebih besar daripada purata negeri dan merupakan penyelewengan saiz kerusi Persekutuan yang terbesar di negeri Sarawak)
2. Miri, 74,132 (107%)
3. Sibu, 66,375 (86%)
4. Stampin, 60,997 (70%)
5. Bintulu, 57,887 (62%)
6. Lanang, 57,477 (61%)
7. Petra Jaya, 51,987 (45%)
8. Mambong (nama baru, “Puncak Borneo”), 42854 (20%)
Walaupun saiz bahagian pilihan raya di kawasan pedalaman sebenarnya dibenarkan lebih kecil daripada purata negeri, seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mengimbangi kesukaran pengangkutan dan komunikasi bagi pengundi di situ, namun kawasan bandar tidak harus ‘dihukum’ dengan beban jumlah pengundi yang lebih besar daripada purata negeri – dan lagipun ia juga tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kuasa untuk menghentikan pengagihan pengundi secara tidak serata di Sarawak yang dibuat oleh SPR secara berterusan selama ini terletak di tangan pengundi negeri ini. BERSIH 2.0 tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan apa-apa bantahan terhadap SPR – dan SPR juga telah menolak sebarang usaha untuk berbincang dengan kami.
BERSIH 2.0 hanya berdaya menunjukkan kelemahan serius dalam syor cadangan persempadanan semula SPR dan menggesa pengundi Sarawak di kawasan yang disenaraikan di sini untuk mengambil tindakan mengikut hak mereka sebagaimana yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pengundi-pengundi hanya perlu memuat turun Borang Bantahan daripada laman sesawang DART (https://dart.bersih.org) dan mendapat sekurang-kurangnya 100 pengundi berdaftar lain dalam kawasan masing-masing untuk menandatangani dan mengemukakan bantahan mereka sebelum 4 Februari.
Seruan kami kepada rakyat Sarawak: Apa yang anda lakukan pada minggu ini boleh menentukan masa depan kita untuk 10 tahun yang akan datang.
Dikeluarkan oleh,
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada –
Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).