Keputusan permohonan semakan kehakiman kes Mejar Zaidi

SIARAN MEDIA (15 Februari 2015)

 
Kepada para pengarang dan wartawan,

Untuk makluman semua, keputusan permohonan bagi semakan kehakiman terhadap kes Mejar Zaidi Ahmad akan diberi pada:

Tarikh : 16 Februari 2015 (Isnin).
Masa : 12 tengah hari
Tempat : RKK4, Tingkat 4, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah KL, Jalan Duta, KL.

Apabila permohonan ini mula didengar pada 6 Februari, pihak pendakwaraya telah membantah permohonan ini dengan alasan ia sudah menjadi “akademik” kerana keputusan Mahkamah Tentera telah diberi pada 12 Januari. 
 
Mahkamah Tentera sebelum ini enggan menangguh perbicaraan sehingga keputusan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi dan menolak hujah peguam Mejar Zaidi bahawa semakan kehakiman akan menjadi “akademik” sekiranya perbicaraan berterusan. (Lihat Military court says no power to declare mistrial in airman’s ‘indelible ink’ case dan Halt Court Martial of Major Zaidi Ahmad Pending Judicial Review by High Court).
 
Kita akan lihat nanti sama ada sistem kehakiman boleh berlaku adil kepada Mejar Zaidi.
 
Liputan berita pihak media dialu-alukan.
Sekian, terima kasih.
 
Dikeluarkan oleh Sekretariat BERSIH 2.0