EC should stop Sarawak delineation inquiry pending judicial review outcome

MEDIA STATEMENT (21 February 2015)

The Coalition for Clean and Fair Elections 2.0 (BERSIH 2.0) calls upon the Election Commission (EC) to immediately stop inquiries on the Sarawak redelineation pending the outcome of a judicial review on the constitutionality of EC’s proposal.

EC’s refusal to do so may result in applications of injunctions to stop its unwise decision to continue with the inquiry sessions that were scheduled to begin on 23 February (Monday).

Since Kuching High Court Judge Yew Jen Yie has granted leave for Sarawak Batu Lintang ADUN See Chee How’s judicial review application on 17 February, the entire redelineation proposal may later be declared null and void for, amongst other grounds, non-compliance with the 13th Schedule of the Federal Constitution for the EC to display not only its proposal, but the “effect” of the proposal.

To hastily schedule the inquiry within three weeks of the one-month objection period suggests that the EC is disrespectful of the judicial review process and cannot care less about wasting the time, energy and resources of all parties in the event of a “null and void” judgement.

BERSIH 2.0 is critical of the EC for setting unreasonable restrictions on the inquiry, including a maximum of three spokespersons, a maximum of 20 persons in attendance, and a slot of only 30 minutes, allowing no legal representation and media presence, banning cameras and mobile phones.

The EC’s unreasonable restrictions are defeating the purpose of meaningful public participation in the redelineation exercise and it may again be challenged in court. 

To save the time, energy and resources of all parties including the court, the EC should instead consider withdrawing the first display notice and redoing the process constitutionally, whereupon See may then withdraw his application.

Procedurally, the EC should have fulfilled Section 4 of the 13th Schedule by making sure that the notice was published in “at least one newspaper circulating in the constituency”, which also states “the effect of their proposed recommendations”.

Substantially, the EC’s proposal must faithfully abide by Section 2 of the 13th Schedule – especially sub-section 2(c), which requires constituencies within the same state to be “approximately equal” with exception for low-density areas (termed “a measure of weightage for area”) and also sub-section 2(d), which stresses “maintenance of local ties”.

BERSIH 2.0 is willing to meet the EC to discuss how constitutional requirements should be met in redelineation.

Issued by,

The Steering Committee of BERSIH 2.0, which comprises –

Chairperson: Maria Chin Abdullah; Deputy Chairperson: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Treasurer: Masjaliza Hamzah; national representatives: Assoc. Prof. Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri and New Sin Yew; vice-chairpersons: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (East Peninsula), Thomas Fann (South Peninsula), Simon Lee Ying Wai (Central Peninsula) and Dato’ Dr Toh Kin Woon (North Peninsula).

(NB: Bold bits amended from original release issued to media) 

——————————————————–

KENYATAAN MEDIA (21 Februari 2015): 

SPR harus hentikan siasatan persempadanan Sarawak sehingga keputusan semakan kehakiman

 

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0) mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya segera menghentikan siasatan tentang persempadanan semula Sarawak sehingga keputusan semakan kehakiman terhadap cadangan SPR diketahui.

Keengganan SPR berbuat demikian berkemungkinan mengakibatkan permohonan injunksi untuk menghalang SPR daripada meneruskan sesi siasatan yang dijadualkan bermula pada 23 Februari (Isnin)

SPR sepatutnya tahu bahawa pada 17 Februari, Mahkamah Tinggi Kuching Hakim Yew Jen Yie telah memberi kebenaran kepada ADUN Batu Lintang See Chee How untuk memohon semakan kehakiman tersebut. Maka keseluruhan cadangan persempadanan semula mungkin akan diisytiharkan batal dan tidak sah kerana, antara sebab lain, pelanggaran Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan SPR memaparkan bukan sahaja cadangannya tetapi juga “kesan” cadangan itu.

Tindakan SPR yang tergesa-gesa menjadualkan siasatan itu dalam masa hanya tiga minggu setelah tempoh bantahan sebulan berlalu mencadangkan bahawa SPR tidak menghormati proses semakan kehakiman dan tidak mempeduli tentang masa, tenaga dan sumber semua pihak yang terbazir sekiranya keputusan semakan kehakiman adalah “batal dan tidak sah”.

BERSIH 2.0 juga memandang kritis sekatan SPR yang tidak munasabah terhadap siasatan: yakni, hanya tiga jurucakap dibenarkan, tidak lebih daripada 20 orang boleh hadir dalam perjumpaan bersama SPR, dan setiap slot hanya diberi 30 minit, larangan sebarang perwakilan undang-undang dan kehadiran media serta kamera dan telefon bimbit.

BERSIH 2.0 memberi amaran bahawa sekatan SPR yang tidak munasabah ini mengalahkan tujuan penyertaan awam yang bermakna dalam merangka semula sempadan kawasan pilihan raya. Sekatan SPR ini turut mengundang cabaran di mahkamah. 

Maka, bagi menjimatkan masa, tenaga dan sumber semua pihak termasuk mahkamah, SPR sepatutnya memberi pertimbangan bagi menarik balik notis paparan pertama dan memulakan semula persempadanan dengan berpandukan lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya ini dilakukan, maka See bolehlah menarik balik semakan kehakiman yang dipohonnya.

Dari segi tatacara, SPR sepatutnya memenuhi peruntukan Seksyen 4 Jadual Ke-13 dengan memastikan bahawa notis itu disiarkan dalam “sekurang-kurangnya satu suratkhabar yang diedarkan di kawasan itu” dan yang turut menyatakan “kesan syor yang dicadangkannya”.

Dari segi kandungannya, cadangan SPR mesti mematuhi Seksyen 2 Jadual Ke-13, terutamanya sub-seksyen 2(c) yang menyatakan bahawa bilangan pengundi di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu negeri patulah “lebih kurang sama banyak”, dengan pengecualian bagi kawasan berketumpatan rendah (yakni “ukuran pewajaran bagi kawasan”), dan juga sub-seksyen 2(d) yang menekankan “pemeliharaan hubungan tempatan”.

BERSIH 2.0 bersedia menemui SPR untuk membincang bagaimana keperluan perlembagaan sepatutnya dipenuhi dalam persempadanan semula.

Dikeluarkan oleh,

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada –

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil-wakil kebangsaan: Assoc. Prof. Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; Naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Pusat) dan Dato ‘Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).