EC must re-appoint assistant registrar officers for voter registration

MEDIA STATEMENT (4 March 2015)

 

The Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0) demands the Election Commission (EC) re-appoint assistant registrar officers (AROs) from political parties and non-governmental organisations to allow for the comprehensive registration of voters on the electoral roll.

With an estimated four million Malaysians reaching the voting age of 21 by the next general election, the EC must explain why it is restricting this fundamental process. 

There has been a net decrease in the number of voters in the first quarter of 2014 since the EC refused to renew the status of many of these AROs at the end of 2013. The first quarter of 2013 saw the number of voters on the electoral roll impressively rose by over 100,000 voters, mainly due to voter registration efforts by these AROs.

The EC has explained to DAP MP for Serdang (see attached letter), that the halt in new appointments is to accommodate its current streamlining of methods of registering voters.

If so, could the EC further clarify who is currently tasked with voter registration, particularly to shed light on how is it that Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin could, in December last year, urge Barisan Nasional component parties to be more aggressive in registering new voters? (http://www.thesundaily.my/news/1260300)

For one, are government agencies, such as Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), still authorised to carry out voter registration programmes?

BERSIH 2.0 further reiterates the most efficient mechanism for full suffrage is an Automatic Voter Registration System, which makes use of the National Registration Department’s database. However, if the EC continues to reject this method, it must utilise all resources at its disposal to ensure every eligible Malaysian is on the electoral roll.

 

Issued by,

The Steering Committee of BERSIH 2.0, which consists of –

Chairperson: Maria Chin Abdullah; Deputy Chairperson: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Treasurer: Masjaliza Hamzah; national representatives: Assoc. Prof. Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri and New Sin Yew; vice-chairpersons: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (East Peninsula), Thomas Fann (South Peninsula), Simon Lee Ying Wai (Central Peninsula) and Dato’ Dr Toh Kin Woon (North Peninsula).

_________________________  

KENYATAAN MEDIA (4 Mac 2015)
SPR mesti lantik semula pembantu pegawai pendaftar bagi pendaftaran pengundi
 

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik semula penolong pegawai pendaftar daripada parti politik dan badan bukan kerajaan untuk membenarkan pendaftaran pengundi secara komprehensif.
 
SPR mesti menjelaskan mengapa ia menyekat proses asas ini memandangkan bahawa menjelang pilihan raya yang akan datang, dianggarkan empat juta rakyat Malaysia akan mencapai tahap umur mengundi 21 tahun.
 
Sejak SPR enggan memperbaharui status ramai pembantu pendaftar daripada parti politik dan badan bukan kerajaan pada akhir tahun 2013, bilangan pengundi pada suku pertama 2014 kurang daripada suku pertama 2013. Suku pertama 2013 menyaksikan jumlah pengundi dalam daftar pemilih meningkat secara mendadak, sebanyak lebih daripada 100,000 pengundi, terutamanya kerana usaha pembantu sebegini.
 
SPR telah menerangkan kepada Ahli Parlimen DAP bagi Serdang YB Ong Kian Ming (lihat surat yang dilampirkan), perlantikan baru dihentikan untuk memudahkan penyelarasan kaedah pendaftaran pengundi.
 
Jika begitu, bolehkah SPR menjelaskan siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar pengundi, terutamanya untuk memberi pencerahan terhadap gesaan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Disember tahun lepas kepada parti-parti komponen Barisan Nasional supaya lebih agresif dalam mendaftar pengundi baru? (Http://www.thesundaily.my/news/1260300)
 
Adakah agensi-agensi kerajaan, seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), masih diberi kuasa untuk mendaftar pengundi?
 
BERSIH 2.0 sekali lagi menegaskan, mekanisme yang paling berkesan untuk hak mengundi yang sepenuhnya kepada semua ialah Sistem Pendaftaran Automatik Pengundi, yang menggunakan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara. Walau bagaimanapun, jika SPR masih menolak kaedah ini, ia mesti menggunakan segala sumber yang ada untuk memastikan nama setiap rakyat Malaysia yang layak mengundi ada di dalam daftar pemilih.

 

Dikeluarkan oleh,

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada –

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).