BERSIH 2.0 SERAH SUMBANGAN KEPADA MEJAR ZAIDI

KENYATAAN MEDIA (11 MAC 2015)

Seperti diketahui umum, BERSIH 2.0 telah melancarkan kempen pengutipan dana untuk Mejar Zaidi Ahmad yang dipecat daripada jawatannya pada 12 Januari 2015 yang lalu. 

BERSIH 2.0 memulakan kempen sebulan ini pada 15 Januari untuk membantu Mejar Zaidi.

Suka kami mengumumkan bahawa jumlah keseluruhan yang berjaya diperolehi ialah RM38,209.41. BERSIH 2.0 telah menyerahkan cek berjumlah tersebut kepada Mejar Zaidi pada 4 Mac di pejabat BERSIH 2.0 di Petaling Jaya, Selangor.

BERSIH 2.0 berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberikan sumbangan kepada Mejar Zaidi dan BERSIH 2.0 tetap mengutuk keputusan Mahkamah Tentera yang tidak adil kepada Mejar Zaidi. 

Orang ramai di Pulau Pinang dan kawasan berdekatan berpeluang mendapatkan pencerahan mengenai kes Mejar Zaidi di forum umum pada 16 Mac (Isnin), 8.30mlm di Hotel Palm Inn Butterworth.​ 

Mejar Zaidi tetap wira rakyat untuk semua!

 

Dikeluarkan oleh,

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada –

 

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).