SIARAN MEDIA (17 Mac 2015)
[Mohon maaf kerana notis lewat ini]
Para wartawan dijemput membuat liputan satu lagi kes berhubung dengan dakwat kekal yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Siapa: Mohd Fadhli Khaharruddin, seorang pengundi Kuantan
Apa: Didakwa membawa kertas undi keluar daripada pusat mengundi tanpa kebenaran di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya. Hukuman, jika disabit kesalahan: penjara tidak lebih dari dua tahun atau denda tidak lebih daripada RM5,000, atau kedua-duanya sekali.
Tempat: Kompleks Mahkamah Kuantan Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan.
Tarikh: 18 Mac 2015 (Rabu)
Masa: 9 pagi
Latarbelakang: Mohd Fadhli Khaharruddin telah membuang undi di Pilihan Raya Umum ke-13. Namun, apabila beliau mendapati dakwat kekal telah lucut daripada jarinya, beliau ingin tahu sama ada pembohongan boleh berlaku akibat daripada kegagalan dakwat kekal itu. Lalu beliau pergi ke pusat mengundi yang sama semula dan apabila beliau diberi kertas undi buat kali kedua tanpa apa-apa masalah, beliau telah membuat laporan polis mengenai perkara ini.
*Untuk perhatian saudara/saudari, Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah juga akan hadir di mahkamah untuk memberi sokongan moral kepada Fadhli.
Terima kasih.
Dikeluarkan oleh Sekretariat BERSIH 2.0