Protes anak muda ekoran kegagalan penambahbaikan Perdana Menteri

KENYATAAN MEDIA oleh Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah pada hari Isnin 3 Ogos 2015 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya perintah tahanan reman yang dikenakan terhadap tiga aktvis muda; Mandeep Karpall, Adam Adli dan Ahmad Syukri Razab, yang masing-masing dikenakan tahanan reman selama 4 hari dan 6 enam hari bermula semalam.
BERSIH 2.0 melihat tangkapan dan tahanan reman yang dikenakan oleh pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak terhadap aktivis, ahli politik, orang awam malah terhadap pihak-pihak yang menyiasat skandal aliran wang terkait 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri sebagai sesuatu yang amat serius. Keputusan yang diberikan oleh majistret adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip keadilan, di mana tegahan terhadap berlaku berat sebelah dan hak untuk didengari langsung tidak dipedulikan.
Protes anak-anak muda Demi Malaysia adalah berkenaan penambahbaikan. Pun begitu mereka dihukum dengan tangkapan. Tuntutan mereka samalah dengan tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0 ke arah akauntabiliti sepertimana yang telah kami nyatakan dalam empat tuntutan sebelum ini:

  1. Supaya Najib Razak mendedahkan butiran akaun banknya, dan terutamanya memperjelaskan sama ada akaun AmBank dengan namanya benar-benar wujud, dan jika ya, mendedahkan butiran transaksi bagi tarikh-tarikh yang berkenaan

  2. Najib Razak mesti bercuti daripada jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan kesemua jawatan awam yang disandangnya selama siasatan berlangsung.

  3. Bekukan akaun Najib Razak, isteri dan anak-anaknya.

  4. Kesemua hasil siasatan Bank Negara, SPRM, pihak polis dan PAC berkenaan 1MDB serta syarikat-syarikat berkaitan mesti didedahkan kepada orang ramai secepat mungkin.

Berikutan kegagalan Najib untuk melaksanakan penambahbaikan dan tindakannya melumpuhkan usaha mencari kebenaran di sebalik skandal 1MDB, suara rakyat mesti terus diperdengarkan dengan lebih kuat dan jelas.
MARIA CHIN ABDULLAH