Pertandingan Mencipta Poster “JOM BERSIH4MALAYSIA”

PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER “JOM BERSIH4MALAYSIA
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada Warganegara Malaysia samada secara individu atau berkumpulan;
  1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu poster sahaja dipilih sebagai pemenang utama;
  1. Rekabentuk poster hendaklah hasil ciptaan yang asli dan mengikut kreativiti masing-masing
  1. Setiap poster yang dikemukakan perlulah membawa maksud “JOM BERSIH4MALAYSIA” samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris; dengan tujuan memujuk orang ramai menyertai Perhimpunan Aman Bersih4 pada 29-30 Ogos nanti.
  1. Rekabentuk poster bolehlah dicipta samada dengan lukisan tangan atau menggunakan grafik komputer yang hendaklah dihantar dalam dua (2) bentuk berikut:

(a) Dalam bentuk “softcopy” menggunakan format AI (Adobe Illustrator) dan JPEG resolusi minimum 150dpi ke email [email protected] beserta maklumat lengkap peserta:

  1. Nama
  2. No. Kad Pengenalan
  3. Alamat Surat Menyurat
  4. No. telefon
  5. Email
  1. Poster yang dicipta hendaklah:

(a) Asli
(b) Tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif serta menyinggung mana-mana pihak;

  1. Semua hasil kerja yang diterima oleh BERSIH 2.0 akan menjadi hak milik kekal dan tidak akan dikembalikan. Kami berhak ke atas hasil kerja yang terpilih samada untuk dipinda atau diubahsuai ataupun bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau sambutan;
  1. Penyertaan yang tidak berbentuk digital hendaklah SAMPAI sebelum atau pada 14 Ogos 2015 ke:

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0
(u/p: Media dan Komunikasi)
13, Lorong 4/48E, 46050 Petaling Jaya,
Selangor.

  1. Pemenang yang terpilih akan menerima hadiah wang tunai.

CARA PENGADILAN & KEPUTUSAN HAKIM / PENGANJUR

  1. Karya yang terpilih akan dipamerkan di facebook ‘BERSIH 2.0 [OFFICIAL]’.
  2. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah ‘LIKE’ terbanyak di page ‘BERSIH 2.0 [OFFICIAL]’ dan juga penilaian oleh juri profesional.
  3. Tempoh UNDIAN adalah dari 14 Ogos hingga 28 Ogos.
  4. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  5. Peserta digalakkan untuk kempen karya masing-masing bagi mendapatkan ‘LIKE’ yang terbanyak.

HADIAH

  1. PERTAMA – Wang Tunai RM1000.00
  2. KEDUA – Wang Tunai RM500.00
  3. KETIGA – Wang Tunai RM200.00