Solidariti bersama Bilqis Hijjas

Kenyataan Media
22 September 2015
Solidariti bersama Bilqis Hijjas
Saudari Bilqis Hijjas, yang lebih dikenali kini sebagai ‘Baloon Girl’ pasca aksi beraninya menggugurkan belon-belon kuning di sebuah acara yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di kompleks Pavilion akan didakwa di mahkamah esok.
Bilqis akan didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dimaklumkan bahawa gadis berani ini akan mengaku tidak bersalah kerana katanya di laman sosial Facebook, ‘menjatuhkan belon bukanlah satu jenayah’.
Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah akan turut hadir bersama ke Mahkamah Sesyen Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 9 pagi esok, sebagai tanda solidariti bersama Bilqis.
BERSIH 2.0 mengutuk pendakwaan terhadap Bilqis yang hanya bertujuan menghukum anak muda ini untuk ‘kesalahan’ yang mengarut, sedangkan penyangak sebenar yang merompak kekayaan negara masih terlepas bebas tanpa risiko berhadapan sebarang tindakan undang-undang.
Dikeluarkan oleh,
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada –
Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).