BERSIH 2.0 mengalu-alukan resolusi daripada Ahli Parlimen Kesatuan Eropah

KENYATAAN MEDIA

21 DISEMBER 2015

BERSIH 2.0 mengalu – alukan resolusi daripada Ahli Parlimen Kesatuan Eropah

Sehingga hari ini, PM Najib Razak dan kabinetnya masih gagal memahami dan menjawab segala dakwaan rasuah yang mungkin berkait dengan manipulasi dan kecurangan ketika pilihan raya umum PRU13 yang lalu.
Akta-akta drakonian dan pendakwaan terpilih terus digunakan ke atas lawan politik.
Paling terbaru ialah RUU Majlis Keselamatan Negara 2015 yang bakal mencengkam demokrasi di Malaysia. Kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang dijamin di bawah Perlembagaan Malaysia bakal terhanyut. Ini kerana selepas MKN diluluskan segala kuasa terletak di bawah eksekutif ataupun di bawah seorang individu sahaja.
Rakyat akan dilayan seperti penjenayah hanya kerana mereka mempraktikkan kebebasan bersuara dan kebebasan untuk berhimpun.
Tetapi, mereka yang mempromosikan pandangan politik ekstrimis di biarkan begitu sahaja. Gejala dan suasana politik sebegini sedang berlaku dan di biarkan berleluasa.
Rakyat dan orang biasa terus dikelompok kelompokkan mengikut stigma perkauman. Ini dilakukan sebagai strategi pecah perintah dan dalam masa yang sama bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat.
BERSIH 2.0 sekali lagi ingin mengingatkan Putrajaya bahawa pada PRU13 yang lalu, 52 % rakyat Malaysia telah bekerja keras untuk menyuburkan demokrasi. Mereka telah mengundi untuk melahirkan Malaysia yang baru. Majoriti 52% rakyat Malaysia tidak pernah mengundi untuk menyemarakkan fahaman ekstrimis.
BERSIH 2.0 menyeru rakyat Malaysia agar tidak sesekali tunduk dengan segala tekanan dan penindasan yang berterusan dari Putrajaya. Tekanan ini adalah hanya untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia dari menuntut perubahan.
BERSIH 2.0 sekali lagi menyeru Putrajaya untuk menggugurkan segala pendakwaan terpilih keatas kesemua individu yang punyai pendirian politik yang berbeza. Semua tahanan politik harus dibebaskan.
BERSIH 2.0 memberi amaran sekali lagi bahawa ekonomi Negara bakal merudum lagi akibat ketidak percayaan kaum pemodal ke atas pemerintahan ditaktor yang mungkin mengguna-pakai RUU Majlis Keselamatan Negara 2015.
BERSIH 2.0 menyeru agar RUU Majlis Keselamatan Negara 2015 yang akan dibahaskan di Dewan Negara ditarik balik dengan serta-merta.
Dikeluarkan oleh,
MARIA ABDULLAH
PENGERUSI BERSIH 2.O