KENYATAAN MEDIA PENGERUSI BERSIH 2.0 , Kami bersama SPRM, dedahkanlah kebenaran!

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI BERSIH 2.0

27 JANUARI 2016

Kami bersama SPRM, dedahkanlah kebenaran!

BERSIH 2.0 mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah  Malaysia (SPRM) yang tidak letih berjuang untuk menegakkan keadilan dan mencerita kebenaran dalam kes RM2.6 billion.

BERSIH 2.0 menyokong penuh keputusan SPRM untuk membawa isu RM2.6 billion ini kepada Panel Pernilaian Operasi (PPO) untuk penilitian semula.

 BERSIH 2.0 yakin dan percaya bahawa SPRM telah menjalankan siasatan ini dengan teliti. Kini sudah tiba masanya untuk SPRM mendedahkan kepada umum akan dapatan SPRM mengenai siasatan SPRM terhadap kes ini.

Keseluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui kebenaran dan kebenaran ini hanya boleh didedahkan oleh SPRM.

BERSIH 2.0 yakin keseluruh rakyat Malaysia juga turut bersama dengan SPRM dengan hal ini. Ini juga akan membantu SPRM untuk mendapat semula kepercayaan umum dari segi ketelusan dan kebenaran.

Langkah yang diambil SPRM wajar menjadi contoh sebuah institusi awam yang bebas dan mendaulatkan integriti serta keadilan. Inilah jalan yang wajar diikuti, ke arah keyakinan dan sokongan orang ramai.

Malah, ini juga akan membantu negara untuk memulihkan indeks rasuah yang makin menjunam.

Peluang sebegini hanya datang sekali. Lakukan sekarang, sebelum terlewat.

Dikeluarkan oleh,

Maria Chin Abdullah.

PENGERUSI BERSIH 2.0