BERSIH dan PEMANTAU Sarawak akan Memantau Pilihan Raya Negeri Sarawak / BERSIH and PEMANTAU Sarawak will Monitor the Sarawak State Election

[BM] BERSIH dan PEMANTAU Sarawak akan Memantau Pilihan Raya Negeri Sarawak
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengambil maklum pengumuman oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, pada minggu lepas bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada 11 April 2016. Ini turut bermakna bahawa pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung dalam masa terdekat.
Berikutan ini, BERSIH 2.0 ingin mengumumkan bahawa BERSIH 2.0 dan NGO-NGO tempatan Sarawak telah berganding bahu untuk menubuhkan pasukan PEMANTAU Sarawak yang akan memantau pilihan raya Sarawak yang bakal berlangsung ini.
Pemantauan pilihan raya merupakan salah satu usaha penting untuk memastikan pilihan raya Sarawak berlangsung dengan bersih dah adil.
Melalui pemantauan, rakyat menjadi saksi untuk mencegah dan melaporkan penipuan atau kesalahan pilihan raya seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan gangguan terhadap proses pilihan raya. Laporan dan bukti yang diterima juga penting untuk tujuan tindakan mahkamah dan petisyen pilihan raya jika perlu.
Proses pemantauan pilihan raya turut diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebuah proses penting yang menyumbang kepada pilihan raya yang lebih berintegriti, meningkatkan akauntabiliti, dan mengembangkan demokrasi.
BERSIH 2.0 dan PEMANTAU Sarawak telah mengenalpasti lima kawasan DUN yang akan dipantau. Kawasan-kawasan tersebut dipilih kerana merupakan kerusi yang marginal dan berisiko tinggi untuk berlakunya salahlaku pilihan raya. Lima kawasan DUN yang akan dipantau ialah:
(1) N02. Tasik Biru (Bau/Tondong/Serikin)
(2) N13. Batu Kitang (Kuching/Arang/Kitang)
(3) N53. Bawang Assan (Sibu/Rassau)
(4) N75. Senadin (Miri/Kuala Baram/Riam)
(5) N77. Telang Usan (Long Lama/Long San/Miri)
Kerja-kerja persiapan telah berlangsung sejak bulan Januari. Setakat ini, BERSIH 2.0 dan PEMANTAU Sarawak telah melatih lebih daripada 50 pemantau di Sarawak.
Kami menyeru kepada rakyat Sarawak, khasnya mereka yang menetap di lima kawasan DUN di atas, supaya menyertai pasukan PEMANTAU Sarawak.
Untuk menyertai pasukan PEMANTAU Sarawak, mereka yang berminat boleh mendaftar di laman www.bersih.org/pemantausarawak atau menhubungi pejabat BERSIH 2.0 di talian 03-79314444/019-4380428 atau [email protected]
Marilah bersama-sama berusaha memastikan pilihan raya Sarawak bersih dan adil!
Dikeluarkan oleh:
BERSIH2.0 dan Jawatankuasa PEMANTAU Sarawak
Untuk pertanyaan media, sila hubungi pejabat BERSIH2.0 di talian 03 7931 4444
——————–
[ENG] BERSIH and PEMANTAU Sarawak will Monitor the Sarawak State Election
The Coalition for Free and Fair Elections (BERSIH 2.0) notes the announcement by the Chief Minister of Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, last week that the Sarawak state legislative assembly will be dissolved on 11 April 2016. This inevitably means that the Sarawak state elections will be held soon.
Following this, BERSIH 2.0 would like to announce that BERSIH 2.0 and local NGOs in Sarawak have worked together to set up the PEMANTAU Sarawak team to monitor the upcoming Sarawak state elections.
The monitoring of elections is an important element in ensuring that the Sarawak state elections is conducted in a free and fair manner.
Through electoral monitoring, citizens become witness to prevent and report on electoral cheating and electoral offences such as bribery, misuse of power, and disturbances towards the electoral process. The reports and evidences compiled are also important for legal and election petition purposes if needed.
Electoral monitoring is widely recognized globally as an important process that increases the integrity and accountability of the electoral process, and strengthens democracy.
BERSIH 2.0 and PEMANTAU Sarawak has identified five DUN constituencies that will be monitored. Those constituencies were selected because they are marginal seats and have high risk of electoral offences happening. The five DUN constituencies that will be monitored are:
(1) N02. Tasik Biru (Bau/Tondong/Serikin)
(2) N13. Batu Kitang (Kuching/Arang/Kitang)
(3) N53. Bawang Assan (Sibu/Rassau)
(4) N75. Senadin (Miri/Kuala Baram/Riam)
(5) N77. Telang Usan (Long Lama/Long San/Miri)
Preparatory work for PEMANTAU Sarawak has begun since January. Of date, BERSIH 2.0 and PEMANTAU Sarawak has trained over 50 observers in Sarawak.
We urge Sarawakians, especially those living in the five constituencies above, to join the PEMANTAU Sarawak team.
To join PEMANTAU Sarawak, those interested can register at www.bersih.org/pemantausarawak or contact BERSIH 2.0’s office at 03-7931444/ 019-4380428 or [email protected]
Let’s work towards ensuring that the Sarawak state elections is free and fair!
——————–
Issued by:
BERSIH 2.0 and Jawatankuasa PEMANTAU Sarawak
For media enquiries, please contact BERSIH2.0’s office at: 03 7931 4444