GABUNGAN PILIHAN RAYA BERSIH DAN ADIL (BERSIH 2.0)
KENYATAAN MEDIA
14 JUN 2016
SPR, fahamilah Akta Pilihan Raya 1954
BERSIH 2.0 tidak terkejut dengan kenyataan oleh Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Aziz Khalidin, bertarikh 14 Jun 2016, di laman berita Malaysiakini.com, yang mana dilihat mengesahkan pemberian habuan dan imbuhan. Kenyataan sebegini memberikan gambaran bahawa undang-undang pilihan raya tidak memberikan apa-apa makna.
Sebagai seorang bekas Hakim dan peguam, beliau seharusnya lebih arif dalam mentafsir peraturan-peraturan pilihan raya. SPR seharusnya mengerakkan ahli-ahlinya dan unit penguat-kuasa untuk menghentikan pemberian imbuhan dan habuan sebegini dan bukannya mempertahankan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam kedua-dua PRK ini.
BERSIH 2.0 menolak kenyataan dan justifikasi Datuk Abdual Aziz Khalidin yang menyatakan bahawa pemberian wang dan habuan sebegini tidak merupakan kesalahan pilihan raya. BERSIH 2.0 ingin memperingatkan SPR bahawa bahawa Seksyen 10, Akta Pilihan Raya 1954 dengan jelas menyatakan bahawa memberi, menawar, atau menjanjikan “apa-apa wang atau balasan bernilai” untuk mendorong pengundi adalah disifatkan sebagai suatu kesalahan rasuah dan menyogok.
Berikut adalah insiden-insiden yang dipantau oleh Pemantau pilihan raya BERSIH 2.0:
Kuala Kangsar:
Tarikh | Tempat | Penganjur | Pemberian | Kehadiran | Kesalahan |
10 Jun | Kuala Kangsar & Manong | BN (dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak) |
1) RM500 kepada penoreh getah. 2) Pembinaan jambatan di Manong, RM43.5 juta. |
Seksyen 10(a), Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954 |
|
11 Jun | S.R.C Jerlun | Parti Gerakan (dihadiri oleh Rich Seng Shin Too) |
Makan malam percuma, arak percuma, cabutan bertuah (kebanyakan hadiran mendapat hadiah). |
Lebih kurang 200 orang | Seksyen 10(a), Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954 Penggunaan premis kerajaan untuk kempen |
12 Jun | Jalan Datoh | MCA | Beras (10kg) setiap seorang | 100 orang | Seksyen 10(a), Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954 |
12 Jun | Jalan Datok Sagor | Pakatan Harapan | Sawi | 150 orang | Seksyen 10(a), Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954 |
13 Jun | Kg Bukit Cermin | JAKOA | Baja, kereta sorong, peralatan bertani | 70-100 orang | Seksyen 10(a), Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954 |
Sungai Besar | |||||
10 Jun | S.R.A Parit 7 | Kementerian Belia dan Sukan | Pemberian bola percuma dan bulu tangkis | 100 – 150 orang | Seksyen 10(a), Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954 |
11 Jun | Pusat Logistik Parit 8 | Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Jabatan Perikanan, BN | Pemberian elaun sara diri dari RM100 – RM300 kepada nelayan yang berdaftar sahaja. | Seksyen 10(a), Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954 |
|
11 Jun | Pasir Panjang | PKR (YB Nurul Izzah, YB Zuraida, YB Afif Bahardin, YB Shamsul Iskandar, YB Amir Shaari |
Servis motor percuma (tukar minyak enjin motorsikal) | 20-40 orang | Seksyen 10(a), Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954 |
11 Jun | Jakel Sg Besar | AMANAH | Pemberian baju raya percuma | 50 orang | Seksyen 10(a), Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954 |
11 Jun | Sekinchan | Barisan Nasional (YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) |
Akan kembali untuk membantu nelayan jika calon BN menang dan memberikan permit pekerja asing. |
Seksyen 9(1), Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954 Seksyen 10(a), Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954 |
|
12 Jun |
Pusat Operasi BN |
Kementerian Pertanian dan Asas Tani, BN (Tan Sri Noh Omar, Datuk Shabery Cheek, YB Budiman(calon) |
Pemberian baja, racun, beras pam air (20 unit), beras Pengumuman peruntukan subsidi: 1)Baja – RM13.4 juta 2)Racun – RM2.7juta |
100-500 orang |
Seksyen 10(a), Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954 |
12 Jun | Pasar Sekinchan | PAS | Servis motor percuma | 30-40 orang | Seksyen 10(a), Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954 |
12 Jun | Jeti pusat nelayan tempatan, Sg Besar | BN, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (YB Datuk Shabery Cheek dan YB Salleh Keruak) |
Radio nelayan(walkie-talkie – 100 unit), beras (5kg), milo susu pekat, lesen nelayan, kit perubatan kecemasan(first aid kit) |
250-300 orang | Seksyen 10(a), Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954 |
13 Jun | Pasir Panjang, Sg Besar | Ketua Pembangkang, YB Datuk Seri Wan Azizah |
Cabutan bertuah. Hadiah yang dimenangi adalah seterika , mesin pengisar, pengadun makanan(stand mixer). |
Seksyen 10(a), Akta Kesalalahan Pilihan Raya 1954 |
BERSIH 2.0 turut mengutuk ucapan yang dilakukan oleh Presiden PAS, YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa “mereka akan berdepan dengan kemurkaan Ilahi jika memilih ahli parlimen salah pada 18 Jun ini” dan “Kalau apa yang diucap (oleh ahli parlimen) adalah salah, (maka) berdosa dan celakalah kita”. (https://www.malaysiakini.com/news/345044) . Ini adalah kesalahan dibawah seksyen 9 (1), Akta Pilihan Raya 1954.
BERSIH 2.0 tuntut penjelasan SPR terutamanya dari Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohamad Hashim bin Abdullah mengenai segala kesalahan yang dilaporkan ini. Jika SPR masih gagal untuk memahami akta-akta atau peraturan-peraturan pilihan raya yang telah dilakukan, adalah lebih baik mereka meletakkan jawatan kerana gagal bertindak mengikut lunas undang-undang untuk melaksanakan pilihan raya bersih,bebas dan adil.
Dengan sikap berdiam diri SPR pada PRN Sarawak dan PRK ini, jelas telah membuka ruang kepada semua pihak bertanding untuk melanggar peraturan-peraturan pilihan raya. Jika ini berterusan, maka sudah pasti mana mungkin PRU-14 akan berlangsung secara bersih, bebas dan adil.
Dikeluarkan oleh,
Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH2.0