KENYATAAN MEDIA (27 SEPTEMBER 2016): Konvoi BERSIH 5 sedia untuk dilancarkan pada 1 Oktober

 

ENGLISH VERSION

Konvoi BERSIH 5 yang diumumkan dua minggu yang lepas telah menerima sokongan yang kuat daripada masyarakat akar umbi di seluruh negara. BERSIH 2.0 sudah bersedia untuk melancarkan “roadshow” kebangsaan yang terbesar secara serentak.
Konvoi BERSIH 5 akan berlangsung selama tujuh minggu dan akan berkemuncak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu untuk perhimpunan BERSIH5 pada 19 November 2016. Objektif Konvoi Bersih adalah untuk memulakan suatu perbualan nasional dan meningkatkan kesedaran tentang tuntutan Bersih mengenai reformasi institusi dan keparahan krisis 1MDB.
Konvoi BERSIH dianggarkan akan meliputi 246 bandar, pekan, dan kampung di seluruh semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.
Program untuk hari pertama konvoi pada 1 Oktober 2016 telah ditetapkan di enam kawasan “flag off” seperti berikut:

SELATAN
Tempat bermula: MBJB, Johor Bahru
Pelancaran: 9am   Flag Off: 10am
Tempak Berakhir: Kulai
 
UTARA
Tempat Bermula: Pasar Borong, Kangar
Pelancaran: 9am   Flag Off: 10am
Tempat Berakhir: Alor Setar
BARAT
Tempat Bermula: Lumut Jetty, Lumut
Perlancaran: 9am   Flag Off: 10am
Tempat Berakhir: Teluk Intan
SARAWAK
Tempat Bermula: Private Car Park, Brighton Road, Opposite Park City Everly Hotel, Miri
Perlancaran: 9am   Flag Off: 10am
Tempat Berakhir: Bintulu
TIMUR
Tempat Bermula: Padang Bank, Kota Bharu
Perlancaran: 9am   Flag Off: 10am
Aktiviti: Berbasikal di Kota Bharu
Tempat Berakhir: Kota Bharu
SABAH
Tempat Bermula: Bandar Letat, Sandakan
Perlancaran: 9am   Flag Off: 10am
Tempat Berakhir: Semporna

Setiap kawasan konvoi akan diterajui oleh ahli jawatankuasa BERSIH2.0. Aktiviti dan konvoi sedang dilaraskan oleh jawatankuasa tempatan. Mereka telah bekerja keras sejak beberapa minggu yang lalu untuk memastikan konvoi akan membawa mesej pembaharuan demokrasi kepada rakyat secara selamat dan aman.
Semua penyelaras telah mematuhi dengan peruntukan yang ditetapkan dibawah Akta Perhimpunan Aman dimana notis sepuluh hari telah diberi untuk kawasan “flag off” dan tempat akhir. Setiap jawatankuasa juga telah menguruskan keselamatan, bantuan perubatan dan bantuan guaman sendiri untuk perserta-peserta yang mengambil bahagian dalam konvoi tersebut.
BERSIH 2.0 percaya bahawa kerjasama antara semua pihak ini akan menjadi insiprasi kepada semua rakyat Malaysia untuk bangkit dan menentang penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Pada 1 Oktober, rakyat Malaysia akan menyokong gelombang kuning di seluruh negara melalui Konvoi BERSIH.
Maklumat lanjut tentang konvoi untuk minggu-minggu seterusnya akan disiarkan secara berperingkat di www.bersih.org/konvoi. Rakyat yang berminat untuk menyertai konvoi boleh melayar laman web tersebut untuk mendapatkan tempat laluan dan masa konvoi.
Mereka yang tidak dapat menyertai konvoi tersebut digalakkan memakai baju kuning BERSIH 5 setiap hari Sabtu untuk menunjuk sokongan mereka.
Dikeluarkan oleh:-
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0