KENYATAAN MEDIA (28 SEPTEMBER 2016): BERSIH 2.0 menafikan dakwaan Jamal Yunos

 

ENGLISH VERSION

BERSIH 2.0 menafikan sekeras-kerasnya dakwaan oleh Jamal Yunos pada sidang media pada hari ini.
BERSIH 2.0 tidak ada apa-apa kaitan dengan mana-mana kumpulan militan seperti yang di dakwa oleh Jamal Yunos. Malah, BERSIH 2.0 tidak punyai apa-apa cadangan untuk berhimpun di lapangan terbang. Kami akan meneruskan konvoi mingguan kami dan himpunan 19 November 2016 seperti dirancang dan yang diumumkan pada tempoh hari melalui kenyataan akhbar kami.  Kami percaya dakwaan berniat jahat ini bertujuan untuk mewujudkan rasa takut dalam kalangan peserta aman konvoi dan himpunan.
BERSIH 2.0 dalam proses perbincangan dengan pasukan peguam kami untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan berniat jahat Jamal Yunos. BERSIH 2.0 akan memastikan pihak-pihak yang membuat tuduhan berniat jahat ini.
BERSIH 2.0 sedang mempertimbangkan semua tindakan undang-undang yang boleh dan akan diambil terhadap tuduhan jahat yang telah dibuat dan akan mengheret mereka yang mencipta dan menyebarkan fitnah ini ke muka pengadilan.
BERSIH 2.0 adalah dan akan terus menjadi gerakan rakyat dengan tujuan dan maksud yang jelas untuk memperjuangkan pendemokrasian secara aman melalui penambahbaikan pilihanraya dan institusi.
Dikeluarkan oleh:-
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0