KENYATAAN MEDIA (3 NOVEMBER 2016: BERSIH 2.0 mengkritik gangguan polis terhadap kakitangan dan peserta konvoi BERSIH 5

[ENGLISH VERSION]

Awal hari ini, Pegawai Program Semenanjung Utara BERSIH Lee Chung Lun, telah disoalsiasat oleh ASP Mohd Hisham di IPD Seberang Perai Tengah. Beliau dipanggil atas aktiviti-aktiviti BERSIH termasuk pengedaran risalah di Sunway Carnival Mall dan penganjuran ucapan di Bandar Perda. Pihak polis habis mengambil kenyataan beliau pada 2.40 petang.

ADUN YB Lee Khai Loon yang menemani Chung Lun ke balai polis turut dikehendaki memberikan kenyataan kepada pihak polis. Mereka meninggalkan balai polis pada pukul 3.05 petang.

Ahli-ahli BERSIH dari Johor, Perak, dan Sabah turut disoalsiasat di insiden-insiden lain di serata negara, terutamanya berhubungan dengan konvoi BERSIH.

BERSIH 2.0 mengambilkira insiden sebegini sejenis amalan gangguan terhadap kakitangan dan peserta BERSIH. Ini jelas sekali menunjukkan satu lagi percubaan untuk menakut dan melarang aktiviti-aktiviti kami, terutamanya konvoi kami. Taktik ini digunakan oleh kerajaan untuk mengabaikan tuntutan-tuntutan BERSIH, iaitu pilihan raya bersih, kerajaan bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah, dan memperkasakan Sabah dan Sarawak.

Tujuan konvoi yang bermula dari 1 Oktober 2016 adalah untuk membawa tuntutan kami melangkaui sempadan bandar. Setakat hari ini, ianya sudah berjaya sampai ke kawasan luar bandar di pinggiran bandar besar dan melibatkan penyertaan penyokong dari kawasan-kawasan ini.

Pihak berkuasa yang asyik meneruskan ugutan mereka terhadap kami adalah bukti sahih bahawa program konvoi mencapai kejayaan menyebarkan mesej BERSIH di seluruh negara dan bukan sahaja di kawasan perbandaran.

Menjelang 19 November, BERSIH 2.0 ingin mengingatkan rakyat Malaysia untuk turun jalanraya bersempenakan BERSIH 5. Raikan kejayaan kami dan hantarkan suara yang lantang kepada kerajaan bahawa rakyat tidak lagi ketakutan dan akan terus berjuang demi masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Tidak turun membantah bukan satu pilihan.

Ditandatangani oleh Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0