BERSIH 2.0 menolak tindakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak yang mendakwa Bersih dan portal media, Malaysiakini menerima bantuan dana asing. (http://www.malaysiakini.com/ news/361519)
Tiada undang-undang yang menyatakan NGO atau portal media tidak boleh menerima dana asing dan tidak ada apa-apa dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memberikan kuasa keada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menjalankan apa-apa siasatan. Itu akan menjadi ‘ultra vires’ atau bukan dalam bidang kuasa mereka.
BERSIH 2.0 adalah kecewa kerana menteri-menteri yang sepatutnya meneraju negara ini tidak memahami undang-undang dan perlembagaan dan bertindak di luar batas kuasa mereka.
Apabila tuduhan yang sama telah dibuat terhadap “Malaysian Official 1” yang menerima “derma” dan telah menyalahgunakan dana awam dalam jumlah yang cukup besar, menteri-menteri yang sama telah bergesa-gesa mempertahankannya tetapi apabila wujud dakwaan dana asing untuk NGO dan portal berita, menteri-menteri yang sama bertindak mengutuk dana asing untuk NGO dan portal berita.
BERSIH 2.0 menyoal tindakan pihak berkuasa yang hanya ‘berpeluk tubuh’ apabila baju merah gagal memberikan notis 10 hari di bawah Akta Perhimpunan Awam (APA) 2012 untuk berkumpul di luar pejabat Malaysiakini pada hari Khamis (3 November) dan Sabtu (5 November). Jika pihak berkuasa benar-benar percaya yang undang-undang sepatutnya digunakan ke atas semua dengan cara yang adil, maka, ketua mereka, Jamal Yunos, perlu disiasat di bawah Seksyen 9 APA 2012.
Selain itu, ancaman dan ugutan Jamal untuk “meruntuhkan” bahagian bangunan Malaysiakini perlu diambil serius. Kami menggesa Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar supaya jangan sekali lagi menolak ini sebagai “perang mulut” sahaja dan menyiasat Jamal kerana ia merupakan suatu ugutan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.
Pada masa ini, pihak berkuasa seolah-olah memegang tampuk undang-undang hanya untuk kesenangan mereka, menolak pandangan yang berbeza dan menghukum tindakan rakyat tidak bersetuju dengan mereka, kononnya atas nama melindungi demokrasi berparlimen.
Rakyat Malaysia berhak menuntut sebuah kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan demokratik di mana apa-apa tindakan pilih kasih atau ‘”double standard” sepatutnya tidak berlaku dan mereka sepatutnya diterajui oleh menteri yang berintegriti dan beretika, menteri yang sentiasa berusaha memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.
Kami menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan taktik diversionary pihak berkuasa dan menumpukan semula perhatian mereka dalam isu-isu penting negara seperti rasuah 1MDB dan “sumbangan” yang dimasukkan ke dalam akaun “peribadi” Najib untuk digunakan dalam PRU ke-13, dan yang lebih penting, persempadanan semula yang sedang dilakukan oleh SPR di mana peruntukan perlembagaan tidak diikuti, dan keputusan pilihan raya memihak kepada satu parti pemerintah.
Berdiam diri bukanlah lagi satu pilihan. BERSIH 2.0 menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersatu hati dan menyertai kami di BERSIH 5 pada 19 November untuk menuntut Malaysia yang lebih baik.
Ditandatangani oleh Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0