BERSIH 2.0 menegaskan sekali lagi bahawa kami telah menghantar notis 10-hari untuk perhimpunan BERSIH5 di Kuala Lumpur, sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
Notis dihantar melalui serahan tangan pada 28 Oktober 2016 bersama peta lalaun kepada balai polis berkenaan, lebih daripada 10 hari yang diperlukan. BERSIH 2.0 juga berjumpa dengan pihak polis di IPD Dang Wangi pada 3 November 2016, 11am, untuk memberi kerjasama dan maklumat lanjut tentang perhimpunan BERSIH 5.
BERSIH 2.0 akan meneruskan perhimpunan aman BERSIH5 pada 19 November. Kami akan berkumpul di Dataran Maybank (Jalan Bangsar) dan Masjid Negara pada 10am sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. Tiada perubahan lokasi perhimpunan kerana kami akan berada di sekitar kawasan Dataran Merdeka.
Kami menyeru kepada rakyat Malaysia untuk turun ke jalan raya untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil serta pembaharuan institusi untuk Malaysia yang lebih baik.
Satukan tenaga, Malaysia baru.
Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH2.0