Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan rakyat untuk bersuara, berhimpun secara aman tanpa senjata, dan berpersatuan.
Perhimpunan BERSIH 5 dianjurkan untuk membantah skandal rasuah 1MDB dan menuntut pembaharuan dan penambahbaikan institusi awam secara aman.
Sebagain penganjur perhimpunan BERSIH 5, BERSIH 2.0 telah mematuhi kehendakan Akta Perhimpunan Aman 2012 tanpa menjejaskan hak kami seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
BERSIH 2.0 akan berhimpun secara aman tanpa senjata dan tidak akan menimbulkan apa-apa gangguan awam dan perbuatan yang tidak bermoral. Oleh itu, BERSIH 2.0 menyeru semua peserta untuk mematuhi tatakelakuan ini.
-
1. HORMAT NILAI-NILAI SEMUA KAUM DAN AGAMA. Segala ucapan dan kelakuan kami haruslah mengambil kira sensitivi agama dan kaum. Elakkan ucapan dan bertuturan berunsurkan perkauman dan agama. Hormati rakan-rakan dari agama dan bangsa lain ketika dalam perjalanan protes.
-
BERKELAKUAN SOPAN DAN BERADAB. Walaupun protes merupakan salah satu acara dimana kita berkumpul untuk meluahkan perasan ketidakpuasan hati kita, namun kita harus menjaga kelakukan kita dan menghormati satu sama lain, terutamanya kepada petugas-petugas sukarelawan dan pihak keselamatan, dan juga termasuk terhadap mereka yang menentang kita. Kelakuan kita pasti akan dinilai oleh pihak-pihak lain dan elakan penggunaan bahasa-bahasa rasis, seksis dan xenophobic.
-
BERDISIPLIN DAN MEMBERI PERHATIAN. Himpunan kita adalah dalam besar dan sudah pasti kita akan menghadapi pelbagai rintangan daripada pelbagai pihak. Adalah penting untuk kita terus memerhati persekitaran kita dan kekal dalam kumpulan. Sentiasa menjaga keselamatan rakan-rakan himpunan yang lain dan patuhi segala peraturan/arahan dari pihak Keselamatan BERSIH. Jangan panik dalam keadaan cemas.
-
WARGANEGARA BERTANGGUNGJAWAB. Kita menyertai himpunan BERSIH 5 atas dasar cintakan negara dan untut menuntut pembaharuan dalam sistem dan undang-undang negara. Oleh itu, segala perbuatan vandalisma adalah dilarang sama sekali dan jika perkara ini berlaku, maka pelaku itu harus bertanggungjawab dan mendepani undang-undang yang berkait.
Kita harus menunjukkan kelakuan terbaik sebagai rakyat Malaysia, sebagai rakyat yang yang sanggup berusaha untuk kebaikan negara dan sesama sendiri.
Kita meraikan kepelbagaian dan datang bersama untuk menuntut pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, memperkukuh demokrasi berparlimen, hak membantah dan memperkasa Sabah, Sarawak dan semua kumpulan terpinggir.
Kita membuat demikian kerana kita mempunyai impian yang dikongsi bersama – Malaysia baru yang saksama, adil, bebas dan makmur.
SATUKAN TENAGA, MALAYSIA BARU
Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0