KENYATAAN MEDIA (1 DISEMBER 2016): BERSIH 2.0 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong yang begitu berani bangun menentang korupsi secara aman

[ENGLISH VERSION]

Rakan-rakan sekalian, terima kasih atas sokongan dan komitmen anda semua dalam menjayakan perhimpunan BERSIH 5 dan juga dalam meneruskan kempen #BebasMaria dan #MansuhSOSMA terutamanya vigil solidariti setiap malam di Dataran Merdeka. Anda telah membuktikan bahawa BERSIH ialah sebuah gerakan yang aman dan BERSIH2.0 menghargai keberanian semua penyokong yang bangun menentang kerajaan yang korupt walaupun berhadapan dengan pelbagai intimidasi.
Gerakan BERSIH kian besar dan semakin kuat. Kita mesti meneruskan arus perubahan ini untuk pentadbiran negara yang lebih demokratik. Kita tidak boleh berhenti pada ketika ini.
Berlatarbelakangkan proses persempadanan semula oleh SPR baru-baru ini yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan berat sebelah kepada satu parti, dan Pilihan Raya Umum yang bakal berlangsung, BERSIH 2.0 berjanji akan menerukan misi kami untuk meformasikan system pilihanraya dan institusi awam. Ini termasuklah daftar pemilih yang bersih, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal yang efektif, tempoh berkempen 21-hari, akses kepada media yang adil, memperkasakan institusi awam, hapuskan korupsi, dan menghentikan politik kotor.
Kita mesti menuntut hak kita untuk membantah. Kita mesti berusaha untuk memansuhkan undang-undang drakonian yang digunakan untuk mendiamkan kritikan. SOSMA mesti dimansuhkan. Ia merupakan sebuah undang-undang yang terbuka kepada penyalahgunaan sepertimana yang terjadi kepada pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah, baru-baru ini.
Mereka yang berusaha untuk memajukan kebebasan, keadilan, dan kerajaan yang demokratik tidak seharusnya ditahan dibawah SOSMA. Ini merupakan suatu penyalahgunaan kuasa yang tidak wajar oleh pihak berkuasa, terutamanya KPN Khalid Abu Bakar. Usaha masyarakat madani dan NGO-NGO adalah penting dan sepatutnya dilihat sebagai sebahagian daripada lumrah demokrasi, bukannya sebagai konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan.
Inilah cerita dan ketidakbenaran yang sering disebut-sebut oleh PM Najib Razak dan barisan cabinet, KPN, dan AG. Penipuan berterusan mereka adalah bertujuan menakutkan rakyat dan supaya rakyat kekal tunduk dan patuh kepada mereka.
Ini tidak boleh lagi diterima. Kita tidak akan membenarkan Najib dan kroni-kroninya untuk terus berleluasa tanpa akauntabiliti dan ketelusan. Kita tidak akan membenarkan kerajaan terus menipu dan mencuri daripada rakyat. Tuntutan rakyat harus dipenuhi, dan kita perlu terus bangkit untuk Malaysia yang lebih baik.
Fokus BERSIH2.0 kini adalah terhadap PRU14, terutamanya dalam isu pendaftaran pengundi. Kami akan berkempen supaya 4 juta pengundi yang belum berdaftar akan mendaftar, dan bersama-sama menentukan kerajaan yang akan dating.
Kita perlu terus mengusahakan perubahan dan BERSIH 2.0 menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya bersama kami untuk Malaysia yang lebih baik.
Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0