BERSIH 2.0 mengutuk dengan sekeras-kerasnya penahanan dan intimidasi ke atas aktivis Orang Asli yang membina sekatan di Gua Musang dalam mempertahankan tanah adat mereka daripada dimusnahkan dengan lebih teruk.
Jabatan Perhutanan Kelantan yang mempunyai pakatan sulit dengan syarikat pembalak secara serius telah melampaui batas dengan tindakan yang diambil ke atas aktivis Orang Asli. Penahanan dan intimidasi merupakan tindakan punitif ke atas aktivis kerana mempertahankan tanah yang sememangnya adalah milik mereka.
Orang Asli tidak boleh dan tidak sepatutnya dihukum kerana menggunakan hak mereka untuk berbeza pendapat dan menyatakan kemarahan dan penolakan keatas aktiviti pembalakan yang tidak dipantau yang semakin menjejaskan hak mereka ke atas kehidupan.
Cara hidup Orang Asli bersangkut rapat dengan tanah adat mereka dan kemusnahan hutan merupakan satu serangan langsung ke atas kewujudan mereka. Seluruh kehidupan mereka sudahpun terjejas dengan teruk- bekalan air sudah tercemar dan binatang liar berkeliaran sehingga menganggu perkampungan mereka kerana pembalakan yang berleluasa. Rumah mereka, adat dan identiti budaya sedang diancam kepupusan.
Dengan ketamakan yang melangkaui batas kemanusiaan, pihak berkuasa dengan niat memusnahkan hutan beserta Orang Asli dan memaparkan rasa tidak hormat dan angkuh dalam hal ini.
Bukan sahaja sekatan di Pos Petei dan Pos Bihai dimusnahkan tetapi juga pondok-pondok yang dibina oleh aktivis juga diruntuhkan yang dikira sebagai tidak perlu dan merupakan satu bentuk perbuatan yang berniat jahat dan sebagai satu intimidasi kepada aktivis Orang Asli. Empat puluh tujuh aktivis telah ditahan pada 29 Novembe manakala tujuh lagi telah ditahan di Pos Pasik semalam.
BERSIH 2.0 ingin mengingatkan kerajaan Kelantan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk menghormati dan mempertahankan hak Orang Asli.
Penahanan dan kemusnahan sekatan untuk memaksa penduduk keluar dari rumah mereka merupakan satu tindakan yang tidak wajar. Kerajaan negeri perlu bertanggungjawab keatas tindakan mereka dan menghentikan segala aktiviti pembalakan yang memberi impak kepada kehidupan Orang Asli.
BERSIH 2.0 juga meminta pihak berkuasa untuk menghentikan segala bentuk intimidasi ke atas aktivis Orang Asli dan menghormati hak mereka untuk membantah. Kami juga menyeru orang awam dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama bersolidariti dengan Orang Asli dan perjuangan ke atas tanah adat mereka.
Kepelbagaian di negera kita merupakan sesuatu yang perlu diraikan bukan dipijak-pijak.
Ditandatangani oleh Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0