BERSIH 2.0 mengutuk tindakan Universiti Malaya yang telah mendakwa bersalah Anis Syafiqah Md Yusof, Suhail Wan Azahar, Luqman Nul Haqim Zul Razali, dan Muhammad Luqman Hakim Mohd Fazli atas sebab disiplin berhubungan perhimpunan Tangkap MO1 yang diadakan pada bulan Ogos 2016.
Kami terkejut bahawa institusi pendidikan sanggup menghukum mahasiswanya yang cuma ingin menggunakan hak bersuara, berhimpun, dan bersekutu sepertimana yang tertera dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Perhimpunan tersebut hanya adalah salah satu aspek penting demokrasi bermatang yang memang wajar digunakan.
Soalan-soalan yang dibentangkan oleh siswa-siswi tersebut sewaktu perhimpunan dilangsungkan berkait dengan rasuah dan isu pentadbiran kerajaan yang telah diabaikan oleh pihak berkuasa, dan merupakan soalan-soalan yang wajib dijawab.
Dengan menimbulkan soalan-soalan penting ini, mereka sebulat suara tangkas menunjukkan pemahaman mereka terhadap peranan dan tanggungjawab mereka di kalangan masyarakat Malaysia. Masa sudah tiba untuk kerajaan menyahut cabaran ini dan membalas sewajarnya.
Tuduhan-tuduhan disiplin yang mahasiswa didakwa bersalah – merosakkan dan memudaratkan kepentingan dan kesejahteraan nama baik universiti, merosakkan dan memudaratkan keselamatan awam, dan melanggar peraturan universiti – langsung tidak boleh diterima dan cuma digunakan sebagai alasan untuk menghukum dan membasmi sebarang perbezaan pendapat.
Malah, mereka tidak didakwa di mahkamah luar kerana mereka telah berhimpun secara aman.
Membuli mahasiswa dengan menggunakan tatacara disiplin yang tidak adil dan menjatuhkan hukuman berat tidak akan memanfaatkan pihak pentadbiran UM terutamanya dalam perjuangan mereka untuk merampas semula kedudukan universiti kelas pertama di arena ini.
Institusi-institusi pendidikan tinggi adalah tempat di mana pengetahuan dan pemikiran kritikal harus ditanam dan digalakkan, dan bukan dibenamkan demi pemeliharaan sebarang pihak. Sebarang tindakan membungkam suara-suara mahasiswa mestilah dihentikan. Malaysia adalah sebuah negara dengan demokrasi yang kian berkembang dan proses pentadbiran negara yang merangkumi semua patut ditekankan.
BERSIH 2.0 menggesa UM untuk menggugurkan semua tuduhan disiplin ke atas mahasiswanya, dan cuba menggalakkan wacana dengan memulakan dialog di antara mahasiswanya dan pihak-pihak berkuasa. Ini akan membuka ruang selamat bagi mahasiswa untuk menyatakan pendapat-pendapat mereka terhadap kerajaan dan sebaliknya, sekaligus mencerminkan kedudukan baik UM sebagai satu institusi pendidikan yang mementingkan sikap keterbukaannya dan pemikiran kritikal.
BERSIH 2.0 turut menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengumumkan solidarity bersama dengan Anis, Suhail, Luqman Haqim, dan Muhammad Luqman dengan menandatangani petisyen ini yang menggesa agar tuduhan-tuduhan terhadap mereka digugurkan: https://www.change.org/p/vice-
Belia muda akan mewarisi negara kita dan pihak berkuasa wajib meneliti pemikiran mereka.
Satukan Tenaga, Malaysia Baru.
Ditandatangani oleh Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0