KENYATAAN MEDIA (13 JANUARI 2017): 5 SEBAB IMEJ NEGATIF SURUHUNJAYA PILIHAN RAYA ADALAH REALITI

[ENGLISH VERSION]

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Hashim Abdullah telah menyalahkan imej buruk yang melanda badan pilihanraya berkenaan ke atas persepsi negatif tanpa mengakui ketelusan yang kekurangan serta kesukaran memperolehi maklumat penting sebagai factor-faktor penyumbangan.
Keyakinan rakyat terhadap SPR kini berada di paras terendah, namun begitu tiada sebarang usaha ikhlas telah diambil untuk melaksanakan tindakan yang berkesan demi pilihanraya yang bersih dan adil. Ini cuma beberapa contoh tersebut:
Persempadanan semula kawasan undi yang tidak mengikut perlembagaan
Cadangan persempadanan semula oleh SPR tidak mengikut perlembagaan Malaysia, dan mencabul doktrin asas satu orang, satu undi. Ini cuma akan mengakibatkan ‘gerrymandering’ meluas dan pembahagian yang tidak adil yang jelas sekali akan memanfaatkan satu parti sahaja.
Lagipun, kes Haris Ibrahim baru-baru ini juga menunjukkan betapa susahnya untuk memperolehi maklumat penting berhubung dengan isu ini. Walaupun mahkamah memutuskan bahawa SPR tidak perlu mendedahkan sebarang maklumat mengenai persempadanan semula, pihak tersebut patut mengambil inisiatif untuk menghulurkan maklumat yang diminta.
Senarai daftar pengundi yang cela
Kesilapan berleluasa dalam senarai daftar pengundi turut telah menjadi kebiasaan sejak lama lagi. Terdapat kes-kes di mana pengundi-pengundi telah didaftarkan di daerah mengundi yang salah, DUN, ataupun negeri yang salah sama sekali. Kesilapan-kesilapan lain termasuk pendaftaran berganda, pendaftaran tanpa pengetahuan, dan banyak lagi.
Cuma SPR dikuatkuasakan untuk menyemak dan mengubah senarai tersebut, namun percanggahan tetap kekal di dalam sistem. Ini langsung tidak boleh dijelaskan sebagai suatu isu persepsi sahaja.
Sistem pendaftaran pengundi yang usang dan tidak cekap
Rombakan sistem jelas diperlukan untuk memastikan rakyat boleh mengamalkan hak demokrasi untuk mengundi tanpa halangan. Pada masa ini, tempoh masa enam bulan yang digunakan untuk mendaftar dan mewarta pengundi adalah terlalu perlahan dan cuma menjadi satu lagi penyekat yang tidak diperlukan, malah memindahkan satu lagi bebanan kepada para pengundi.
SPR patut mempertimbangkan pelaksanaan pendaftaran pengundi automatik yang akan mempercepat dan menyenangkan operasi ini serta mengurangkan kesilapan di dalam daftar pengundi. Ini adalah salah satu pengesyoran BERSIH 2.0 sejak tahun 2011, namun ianya tidak dipertimbangkan oleh SPR.
Kegagalan menyemak penyelewengan pengundian
Tambahan pula, kegagalan SPR terhadap penguatkuasaan undang-undang dan peraturan pilihan raya juga telah mengakibatkan pelbagai kegiatan rasuah berleluasa.
Setakat ini, tiada sebarang balasan telah diterima ekoran laporan-laporan PEMANTAU kami, ataupun langkah tindakan kelihatan untuk menangani isu ini.
Kegagalan mendorong ‘kod kerajaan sementara’
Pihak SPR juga masih belum mengesyorkan ‘kod kerajaan sementara’ yang akan memantau kerajaan sementara bagi tempoh masa pilihan raya dilangsungkan.
Walaupun BERSIH 2.0 mengalu-alukan tindakan SPR untuk menangani isu persepsi melalui penggunaan media dan video, pihak SPR masih wajib mengambil langkah-langkah proaktif dengan menunjukkan komitmen mereka terhadap ketelusan yang lebih mendalam terutamanya dalam hal pentadbiran.
BERSIH 2.0 juga ingin mengingatkan Mohd Hashim bahawa menyalahkan imej buruk SPR atas sebab persepsi tidak akan membebaskan mereka dari tanggungjawab dan akauntabiliti – tatatertib dan kelakuan SPR sendiri yang akan mempengaruhi macam mana rakyat menilai SPR.
Ditandatangani oleh ahli-ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0