Pegawai advokasi BERSIH 2.0, Zoe Randhawa, semalam menarik balik kes mahkamah menentang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghalang pertanyaan beliau mengenai bantahan terhadap persempadanan semula bagi P117 Segambut, walaupun berjaya mengumpul lebih dari 100 borang bantahan yang disyaratkan.
Sehari sebelum pendengaran “leave application” untuk semakan kehakiman, beliau menerima notis dari SPR (dilampir di bawah) bahawa mereka akan mengadakan siasatan tempatan juga pada akhirnya.
Ini jelas menunjukkan bahawa SPR sedang menyalahgunakan kuasa untuk menghalang siasatan tempatan dengan sukahati, ataupun mereka kurang mengenali tanggungjawab dan peranan sebagai badan pilihanraya.
SPR bertanggungjawab dari segi perundangan untuk mengadakan siasatan-siasatan ini apabila bantahan diterima meskipun alasan-alasan meragukan yang direka oleh mereka.
Malangnya, mengheret SPR ke mahkamah demi mengingatkan kewajipan mereka untuk mengadakan siasatan tempatan, memang membazir masa, tenaga, dan sumber. SPR yang tidak berdaya menunaikan tugasannya yang paling minimum yang diwajibkan di bawah Lembaga Persekutuan adalah satu perkara yang amat mengecewakan.
Satu kes serupa dengan keputusan yang sama berkait dengan bantahan terhadap persempadanan semula pernah berlaku dengan Setiawangsa – SPR cuma bersetuju mengadakan siasatan tempatan selepas perkara ini dikemukakan kepada mahkamah.
Dengan setiap kesilapan yang dilakukan, ianya semakin ketara bahawa imej buruk SPR bukan disebabkan oleh persepsi negatif tetapi ketidakcekapan sendiri.
Kes-kes Segambut dan Setiawangsa bukanlah di antara yang pertama dan ianya tidak akan menjadi yang terakhir juga. BERSIH 2.0 menyaran semua pihak yang pernah dihalang dari mengadakan prosiding siasatan tempatan walaupun memenuhi semua syarat untuk mengambil tindakan mahkamah. SPR mesti bertanggungjawab terhadap semua tingkahlaku dan kata-kata mereka demi pilihanraya yang adil dan bebas, dan untuk mempromosikan sistem demokrasi yang sihat.
BERSIH 2.0 akan tegas meneruskan daya usaha untuk memastikan SPR tidak mengabaikan tanggungjawabnya berdasarkan perlembagaan terhadap persempadan semula dan proses-proses lain berkaitan dengan pilihanraya.
Ditandatangani oleh ahli-ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0.