KENYATAAN MEDIA (26 OKTOBER 2017): Adakah BN dan Tan Sri Noh Omar sudah mengetahui keputusan akhir persempadanan semula?

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) menerima laporan bahawa pada 23 Oktober 2017, Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh Tan Sri Noh Omar telah melancarkan “Bilik Gerakan BN Parlimen P107 Sungai Buloh”.

BERSIH2.0 terkejut dengan perkara tesebut kerana kawasan parlimen P107 Sungai Buloh belum lagi wujud kerana ia merupakan cadangan kawasan parlimen baru oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam proses persempadanan semula yang sedang dijalankan.

Pelancaran ini menunjukkan keangguhan dan sikap tidak hormat oleh BN dan Tan Sri Noh Omar terhadap proses persempadanan, kerana kes mahkamah untuk persempadanan semula Selangor masih sedang berlangsung. Tindakan ini amat dikesali, dan pengundi-pengundi hendaklah menolak persempadanan tidak sekata yang kelihatannya memberi kelebihan kepada sesetengah parti politik. Jika tidak diawasi, persempadanan semula yang tidak adil akan menyebabkan sistem pilihan raya tidak bersih dan adil.
Oleh itu, BERSIH2.0 menunutut supaya SPR:

  1. menegaskan supaya BN dan Tan Sri Noh Omar menarikbalik pelancaran bilik gerakan tersebut.
  2. memberitahu kepada semua parti politik secara rasmi, terutamanya BN, untuk menghormati proses persempadanan yang sedang berlangsung, di mana perubahan masih boleh berlaku.
  3. untuk menyiasat sama ada pengisytiharan dan pelancaran kawasan baru parlimen sedemikian turut berlaku di tempat-tempat lain, dan menghentikannya.

Tuntutan ini juga adalah amaran kepada semua parti politik dan pegawai, bahawa mereka tidak harus mengambil tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan persekutuan.

Dikeluarkan oleh
Jawatankuasa Pemandu BERSIH2.0

(Lampiran: foto bilik gerakan P108 Sg. Buloh)
22687598_1581772931860731_3446704078598562381_n 22688075_1581772341860790_8260227594578078609_n (1) 22688362_1581773341860690_3989441189099884400_n 22688719_1581772378527453_375477174211034463_n 22728929_1856284837733310_1235831255826325589_n 22729040_1856284784399982_7965533306985935423_n 22814213_1581772738527417_2220651292112708617_n