MUAT TURUN KENYATAAN MEDIA VERSI MELAYU
DOWNLOAD THE COMPLETE STATEMENT IN ENGLISH
Menjelang sebuah persidangan antarabangsa yang akan dianjurkan oleh Bank Dunia di Washington DC, 112 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia mendesak kerajaan Switzerland untuk mengembalikan 104 juta Swiss Francs (433 juta MYR) yang dikaitkan dengan dana pelaburan 1MDB yang disita dari Bank-bank Switzerland menerusi satu badan bebas untuk menyalurkan wang itu kepada rakyat Malaysia..
“Untuk mendapatkan kembali harta yang telah digelapkan sebenarnya adalah tumpuan utama Konvensyen Anti-Rasuah PBB (UNCAC). Negara-negara yang mengepalai dan institusi sedunia sedang membina usaha dan kerjasama melalui Persidangan Antarabangsa untuk Mendapatkan Kembali Harta (Global Forum on Asset Recovery, GFAR) pada bulan depan di Washington DC. Pakar-pakar dalam bidang ini telah menyebut bahawa kes 1MDB sebagai kes terbesar dalam bidang ini, tetapi keenganan kerajaan Malaysia untuk mengakui kehilangan dana 1MDB telah menyekat proses mendapatkan kembali harta, and ia sangat mengecewakan. “
– Cynthia Gabriel, C4 Center
C4 Center dan Bersih 2.0 pada masa ini mengetuai usaha untuk memastikan ‘asset recovery’ ataupun pengembalian harta – sebuah istilah teknikal, yang bermaksud “apa-apa usaha oleh kerajaan untuk memulangkan hasil rasuah yang tersembunyi di negara-negara asing”- boleh berlaku dengan keuntungan haram daripada pengubahan wang haram di Switzerland yang asalnya dana 1MDB.
C4 Center, BERSIH 2.0 dan 110 NGO-NGO Malaysia lain yang menyokong inisiatif ini, akan berkerjasama dengan Bruno Manser Fund dan Global Bersih yang kedua-duanya berpusat di Switzerland. Mereka akan membantu dengan berkempen di negara Switzerland untuk mendapatkan kembali wang tersebut untuk rakyat Malaysia.
GFAR adalah persidangan pertama yang memberi tumpuan kepada wang gelap di peringkat dunia. Ia akan mengumpulkan ahli-ahli dalam bidang siasatan kewangan, polis, pendakwa, hakim dan wakil masyarakat sivil untuk membincangkan hal-ehwal teknikal dan amalan terbaik untuk membolehkan pengembalian harta. dengan memberi keutamaan kepada kes empat negara,.
GFAR tercetus daripada Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah yang berlangsung di London pada tahun 2016, dengan penyertaan 42 negara dan sokongan Stolen Asset Recovery Initiative di Bank Dunia.
Walaupun Malaysia tidak memberikan penglibatan penuh dalam GFAR oleh sebab pihak berkuasa semasa bersubahat dalam penggelapan wang 1MDB, C4 Center dan Bersih 2.0 akan mengkaji hasil-hasil perbincangan GFAR dan akan melibatkan pihak berkepentingan untuk meneroka dan mengemukakan cadangan yang lebih konkrit.
“Kami tahu bahawa terdapat keterlibatan pengurusan 1MDB dalam pengelappan dana di luar negeri. hati nurani dan moral kami tidak dapat membenarkan pihak kerjaan Swiss untuk mengembalikannya kepada rejim yang mencuri wang awam; adalah tidak wajar untuk kerajaan Switzerland mengambil wang tersebut semata-mata kerana wang tersebut dengan kebetulan dicuci melalui bank di sana. “
– Maria Chin, Bersih 2.0
Persubahatan pentadbiran kerajaan Malaysia telahpun terbukti apabila Peguam Negara Switzerland meminta ‘mutual legal assistance’ (Bantuan Perundangan Persalingan) daripada Peguam Negara Malaysia sebanyak dua kali untuk membantu mereka menyiasat pengubahan wang haram 1MDB pada tahun lepas. Peguam Negara Switzerland akhirnya gagal menerima jawapan positif dan lengkap daripada kerajaan Malaysia.
Walau bagaimanapun, kes siasatan Peguam Negara Switzerland masih berterusan. Pada masa yang sama, badan pengawalseliaan kewangan Switzerland, FINMA, telah menghukum tiga bank Switzerland kerana melanggar undang-undang pencegahan pengubahan wang haram Switzerland. FINMA telah menyita sejumlah 104 juta Swiss Francs. Ketiga-tiga bank tersebut sedang merayu keputusan itu.
[BERSAMBUNG]
CADANGAN NGO MALAYSIA: DANA AMANAH SEMENTARA
Pilihanraya umum ke-14 Malaysia merupakan satu peringkat penting untuk memajukan proses ini, oleh sebab proses pengembalian harta mungkin dapat dipercepatkan oleh pentadbiran baru.
Jika kebarangkalian untuk perubahan pentadbiran menjadi makin kurang pasti, C4 Center dan Bersih 2.0 menggesa kerajaan Switzerland untuk mempertimbangkan penubuhan dana amanah sementara yang dibantu oleh Bank Dunia atau institusi lain. Dana amanah tersebut akan digunakan untuk membantu mengembalikan wang yang dicuri dan mengembalikannya kepada rakyat Malaysia.
Satu kerangka yang boleh dicontohi telahpun dipelopori oleh Yayasan BOTA di Kazakhstan.
“Kami percaya bahawa sebahagian kecil daripada wang 1MDB yang sudahpun digelapkan masih boleh dikembalikan kepada rakyat Malaysia oleh sebab Yayasan BOTA telah mejadi contoh dalam hal ini. Yayasan BOTA sebenarnya sebuah pertubuhan yang pertama seumpamanya, yang ditubuhkan khas untuk mengembalikan wang yang diubah secara haram kepada orang awam di negara asalnya.” (Http://www.fcpablog.com/blog/2015/4/15/the-bota-foundation -beberapa-enam-cara-adalah-bota-set-up.html)
– Cynthia Gabriel, C4 Center
112 NGO Malaysia mengesyorkan model yayasan tersebut. Yayasan tersebut ditubuhkan pada tahun 2007 untuk mengembalikan 84 juta USD kepada rakyat Kazakhstan. Yayasan tersebut mengagihkan dananya melalui tiga program anti-kemiskinan: satu program pemindahan tunai secara langsung dengan bersyaratkan penerimanya menghantar anak-anak ke taska; sebuah program perkhidmatan sosial yang memberikan geran bersaiz sederhana kepada NGO-NGO tempatan; dan program biasiswa universiti untuk anak muda Kazakhstan.
Seperti 1MDB, wang yang menjadi dana Yayasan BOTA asalnya dari bayaran rasuah kepada golongan atasan di Kazakhstan. Di samping itu, wang tersebut juga menjadi sasaran tuntutan undang-undang sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan diubah secara haram melalui akaun bank Switzerland.
Surat tuntutan kami akan cuba menggesakerajaan Switzerland untuk menggunakan keuntungan haram daripada pengubahan dana 1MDB dengan cara yang seumpama Yayasan BOTA. Oleh itu, keuntungan haram tersebut tidak dipulangkan kepada pentadbiran kerajaan Malaysia yang bersifat kleptokrasi.
Mengikut undang-undang Switzerland, harta yang disita akan diambil oleh kerajaan Switzerland atau dibayar kepada pihak yang mengalami kerugian. Jika keuntungan haram tersebut dipulangkan semula kepada 1MDB, tindakan ini akan menjejaskan semangat anti-rasuah yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Switzerland selama ini.
Kumpulan NGO ini percaya bahawa kerajaan Swiss perlu terus meneruskan reputasi ketelusan dan semangatnya dalam memerangi pengubahan wang haram dengan mempertimbangkan untuk memulangkan dana tersebut kepada rakyat Malaysia dengan secepat mungkin. Amalan ini sejajar dengan norma-norma pengembalian harta antarabangsa yang kian berkembang.
Kami mendesak agar Kerajaan Switzerland mengambil langkah-langkah yang sewajarnya, mahupun dari segi undang-undang ataupun segi lain, untuk menjadi teladan sedunia dan memastikan keadilan antarabangsa dapat dicapai.
Kami menyeru supaya komuniti antarabangsa menyokong desakan ini untuk mengembalikan dana yang sebenarnya hak setiap warganegara Malaysia.
Dikeluarkan oleh:
Pn. Cynthia Gabriel, C4 Center
Pn. Maria Chin Abdullah, BERSIH 2.0
Tuan Bala Chelliah, Bersih Global
Disokongi oleh:
Academy of Tamil Studies
ALIRAN
All Women’s Action Society (AWAM)
Angkatan Mahasiswa UM (ANGKATAN)
Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAman)
Association of Friends of Women, Selangor (PSWS – Persatuan Sahabat Wanita, Selangor)
BARAMKINI
Borneo Activist Center (BORAC)
Borneo Komrad
Borneo Resources Institute, Malaysia (BRIMAS)
Centre for Independant Journalism, Malaysia (CIJ)
Centre of Education, Research and Development (CEDAR)
Child Development Initiative
Community Action Network (CAN)
Council of Temples Malaysia
Dayak Think-Tank Group (DTTG)
Demi Malaysia
ENGAGE
Federation of Malaysian Indian Organisations (PRIMA)
G7 Mengkawagu,Tongod
“Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Masyarakat India Selangor
[Coalition of Selangor’s Indian Community Organisations]”
Green Assembly (Himpunan Hijau)
Group of Concerned Citizens Malaysia
Indian Malaysian Active Generation (IMAGE)
Institut Wanita Berdaya (IWB)
Islamic Rennaisance Front (IRF)
“Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)
[Indigenous People’s Village Network of Peninsular Malaysia)”
Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS)
“Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak (TAHABAS)
[Sarawak Native Customary Land Rights Network]”
Jawatankuasa Gabungan Pengurusan Tanah Tongod
Johore Yellow Flame
Kelab Bangsar Utama [Bangsar Utama Club]
Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN)
Kill the Bill
KL- Selangor Hokkien Association Youth Section
Kuala Lumpur – Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
Kuala Lumpur – Selangor Chinese Assembly Hall Women Section
Kuala Lumpur Indian Entrepreneurs and Professionals
Lawyer Kamek 4 Change (LK4C) Sarawak
Lawyers for Liberty (LfL)
Malaysia Indian Progressive Educational Society
Malaysia Tamil Artiste Association
Malaysia Youth & Students Democratic Movement (DEMA)
Malaysian Association of Indian University Graduates
Malaysian Dravidian Association
Malaysian Hindu Youth Council
Malaysian Indian Business Association
Malaysian Indian Development & Unity Association
Malaysian Indian Entrepreneurs and Professionals
Malaysian Indian Historical Association
Malaysian Indian Progressive Association (MIPAS)
Malaysian Indian Youth Development Foundation
Malaysian Physicians for Social Responsibility
Mama BERSIH
Movement for Change Sarawak (MoCS)
Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)
National Human Rights Society (HAKAM)
National Union of Malaysian Muslim Students (PKPIM)
Nationwide Human Development And Research Centre
Oriental Heart and Mind Study Institute (OHMSI)
Partners of Community Organizations in Sabah (PACOS Trust)
Penuntut Tanah Adat Mukim Dalit Sook
Perak Civic Forum
Persahabatan Semparuthi Johore
Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS – Association of Dayak, Sarawak)
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
Persatuan Peduli Rakyat, Kelantan
“Persatuan Usahasama Kampung Gabungan (PUSAKAG)
[Coalition of Inter-village Cooperation Organisations]”
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Pertubuhan Rakyat Alutok Ulu Tomani
Pertubuhan Rakyat Angkawangan
Pertubuhan Rakyat G5 Monongkad Tinungkusan
Pertubuhan Rakyat Kanibongan
Pertubuhan Rakyat Kumpulan Anak Seni Tidong(KASTI)
Pertubuhan Rakyat Mukakas, Miulud Karaja Koubasanan Songovian, Kg Kipouvo, Penampang
Pertubuhan Rakyat Piriton Rahaling, Kalampun
“Pertubuhan Solidariti Hijau Kuantan
[Association of Green Solidarity, Kuantan]”
PLUsos Malaysia
Projek Dialog
Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat KOMAS)
RAPAT Malaysia Organisation
Research for Social Advancement (REFSA)
Rise of Sarawak Efforts (R.O.S.E.)
Rudra Devi Samaj Kuala Lumpur
Sarawak Dayak Iban Association( SADIA)
Save Malaysia Stop LYNAS
SAVE Rivers
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
Selangor Action Team
Selangor Indian Entrepreneurs and Professionals
Semparuthi Iyakkam
Sisters in Islam (SIS)
Student Progressive Front Universiti Sains Malaysia
Student Progressive Front Universiti Utara Malaysia
Suara Mahasiswa
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Sunflower Electoral Education Movement (SEED)
Tamil Youth Bell Club
Tenaganita
Teoh Beng Hock Trust for Democracy
Tindak Malaysia
Tobpinai NIngkokoton Koburuon Kampung (TONIBUNG)
University of Malaya Association of New Youth (UMANY)
WIRDA Selangor dan Kuala Lumpur (WIRDA)
Women’s Centre for Change (WCC)
Women’s Development Organisation (WDO) Petaling Jaya Branch
World Tamil Federation – Malaysian Chapter
Writer Alliance for Media Independence (WAMI)
Youth Era