KENYATAAN MEDIA (18 JANUARI 2018): Panggilan untuk 100,000 Pembantah Persempadanan Semula di Selangor

Baca dalam Bahasa Inggeris

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menyeru pengundi yang prihatin untuk mendaftar sebagai pembantah untuk pameran Syor-Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Selangor yang kedua.
BERSIH 2.0 menyasarkan untuk mendapat 100,000 rakyat Selangor untuk mendaftar sebagai pembantah. Mengikut prosedur, bantahan yang sah untuk syor itu harus diwakili oleh jurucakap dan disertakan dengan sekurang-kurangnya 100 tandatangan untuk menyokong bantahan itu. Panggilan BERSIH bagi 100,000 pembantah adalah untuk menunjukkan protes rakyat terhadap persempadanan semula yang bercanggah dengan perlembagaan.
Walaupun syor kedua yang dicadangkan di Selangor telah diubah kembali kepada sempadan yang lebih kurang sama seperti yang digunakan pada tahun 2013, ini tidak bermakna bahawa kawasan-kawasan pilihan raya parlimen dan DUN ini bebas daripada pembahagian tidak sekata dan gerrymandering.
Ia adalah tanggungjawab dan hak pengundi untuk melindungi undi kita dan memastikan bahawa kuasa satu undi mempunyai representasi yang sekata di seluruh negara. Mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada proses ini boleh membantu dalam mana-mana atau semua cara berikut:
1) Daftar sebagai pembantah
2) Bantu mengumpul tandatangan untuk menyokong bantahan
3) Menjadi jurucakap bantahan
BERSIH 2.0 telah mengenal pasti lokasi di Selangor yang akan berfungsi sebagai pusat pengumpulan tandatangan bantahan dan senarai boleh didapati di http://dart.bersih.org/pusatbantahan. Ini akan membantu untuk memudahkan penyelarasan dan mobilisasi untuk membantah persempadan kawasan pilihan raya yang tidak adil.
Hari terakhir untuk mengemukakan bantahan adalah 14 Februari 2018. Selepas itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjalankan inkuiri tempatan untuk membincangkan masalah yang dinyatakan dalam surat bantahan. Laporan akhir persempadanan semula akan dihantar kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan di parlimen.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://dart.bersih.org/
Dikeluarkan oleh
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0