Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14) bakal berlangsung pada tahun ini. Tarikh akhir pembubaran Parlimen Malaysia ataupun Dewan Rakyat adalah pada 24 Jun 2018. Yakni, jikalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak membubarkan Parlimen, maka secara automatik, Parlimen Malaysia akan terbubar kerana pada 24 Jun 2018 adalah tarikh matang Parlimen Malaysia.
Oleh itu, BERSIH 2.0 akan melancarkan satu kempen Nasional yang bertemakan Satukan Tenaga, Kalahkan Penipuan pada:
Tarikh : 11 Februari 2018
Masa : 2 petang
Tempat: Dewan Sivik, MBPJ
Selepas pelancaran kempen ini, BERSIH 2.0 akan sekali lagi menjelajah ke seluruh negara untuk memberikan penerangan tentang reformasi institusi dan tentang peranan yang harus dimainkan oleh pengundi di negara kita. BERSIH 2.0 yakin jikalau peratusan keluar mengundi mencatat peratusan yang tinggi, maka penipuan pilihan raya boleh di kalahkan.
Acara pada hari tersebut akan dimulakan dengan ucaptama daripada Pengerusi BERSIH 2.0, Puan Maria Chin Abdullah dan dikuti dengan perbincangan panel oleh Dato Ambiga Sreevensan, Dato Ambiga Sreenevasan Prof. Edmund Terence Gomez, Saudari Jean Vaneisha (Challenger) dan Datin Paduka Marina Mahathir.
Selain daripada majlis pelancaran, pengundi Negeri Selangor juga boleh menandatangani surat bantahan untuk syor ke-2 persempadanan semula, mendaftar sebagai PEMANTAU BERSIH, dan juga mendaftar sebagai sukarelawan untuk kempen ‘Satukan Tenaga, Kalahkan Penipuan’ yang akan bermula selepas Tahun Baru Cina nanti.
Oleh itu, BERSIH 2.0 berharap para pendukung agenda reformasi sistem pilihan raya dapat hadir bersama pada 11 Februari 2018 nanti.
Jumpa di sana.
#SatukanTenagaKalahkanPenipuan
Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0