Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil (BERSIH 2.0) mengecam tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membuka pendaftaran permohonan undi pos dalam negara. Atas dasar pilihan raya yang bersih dan adil, BERSIH 2.0 setelah sekian kalinya menegaskan permasalahan pelaksanaan undi pos yang mempunyai kemungkinan tinggi untuk memanipulasi keputusan pilihan raya
BERSIH 2.0 telah menuntut pemansuhan undi pos atas sebab-sebab yang berikut :
1) terdedah kepada penyalahgunaan kerana kurangnya pantauan dan ketelusan dalam proses pilihan raya;
2) kelayakan pengundi pos yang diragui;
3) penyimpanan dan pengangkutan peti-peti undi yang mudah terdedah kepada gangguan dalam proses pengundian;
4) kekurangan akses agen pengundian dan pengiraan (PACA);
5) kekurangan makluman atau pemberitahuan informasi kepada calon; dan
6) kurangnya penguatkuasaan dalam memastikan pengundi pos tidak mengundi sebagai pengundi awal dan sebaliknya.
SPR telah membenarkan 12 kategori penjawat awam sebagai pengundi pos dengan syarat majikan mengesahkan bahawa mereka bertugas semasa hari pengundian. 9 daripada 12 kategori telah diwartakan secara sulit pada Oktober dan Disember tahun lalu.
Kategori | Borang | Diperakui oleh | Tarikh tutup |
1. Petugas Pilihan Raya 2. Polis dan Tentera (yang tidak dapat hadir mengundi awal) 3. Petugas Media |
Borang 1A | Mana-mana pihak yang mempunyai kuasa untuk memperakukan permohonan dan tahu bahawa penama akan bertugas pada hari hari mengundi awal atau hari mengundi |
Hari Penamaan Calon |
4. Anggota Jabatan Penjara malaysia 5. Anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JPBM) 6. Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) 7. Anggota dan Petugas Jabatan Kesihatan (Hospital dan Klinik Kerajaan sahaja) 8. Anggota Sukarelawan Polis (PVR) 9. Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) 10. Anggota Jabatan Imigresen Malaysia 11. Anggota Agensi Pengurusan Bencana 12. Jabatan Pendaftaran Negara |
Borang 1C | Mana-mana pihak yang mempunyai kuasa untuk memperakukan permohonan dan tahu bahawa penama akan bertugas pada hari hari mengundi |
5 hari sebelum penamaan calon |
Pembukaan 12 kategori yang baru untuk proses undi pos yang bermasalah, adalah sama sekali melanggar prinsip hak mengundi, keselamatan undi, integriti pilihan raya dan proses demokrasi. Mengambil situasi berikut sebagai contoh, tidak ada sebarang tatacara yang diperlukan untuk 1) membuktikan bahawa pengundi bertugas dan tidak dapat hadir semasa hari pengundian, 2) pengesahan identiti ‘majikan’ dan; 3) mengenalpasti pihak yang layak membuat perakuan sebagai ‘majikan’.
Lebih membimbangkan adalah permohonan pengundian pos dalam negara telah dibuka sebelum tarikh sebenar pilihan raya dimaklumkan – bagaimana penjawat awam boleh membuat permohonan undi pos tanpa mengetahui bahawa mereka sememangnya bertugas pada hari mengundi?
Ketika SPR mewarwarkan akan memastikan setiap penjawat awam mempunyai akses kepada hak mengundi, usaha yang dilakukan untuk memastikan integriti dan ketelusan pilihan raya amatlah sedikit. Satu perkara yang boleh dilakukan oleh SPR untuk memperbaiki usaha tersebut adalah dengan menggubal peraturan yang jelas dan tepat bagi memperlihatkan ketempangan peraturan dalam sistem undi pos dan undi awal.
Tanpa prosedur dan proses yang telus untuk memastikan kebebasan hak mengundi serta kerahsiaan undi dan ketelusan proses pilihan raya, SPR tidak sepatutnya menggunakan undi pos, terutamanya apabila terdapat kaedah lain yang boleh digunapakai. Kritikan ini amat penting memandangkan bajet 2018 memperuntukkan sebanyak RM370 juta[i] kepada SPR untuk memastikan kelancaran proses pilihan raya. Selain dari undi pos, SPR kini mempunyai peruntukan untuk membuka pusat mengundi sementara dibawah piawaian proses mengundi seperti biasa.
Kebimbangan ini berasaskan peristiwa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) di mana Barisan Nasonal (BN) telah memenangi 30 kerusi parlimen disebabkan oleh jumlah undi pos dan undi awal[ii]. Hakikatnya, jabatan kerajaan di bawah kategori-kategori pengundi pos yang baru mempunyai populasi yang besar dan boleh digunakan untuk memanipulasi keputusan pilihan raya. Anggota tentera – salah satu daripada kategori pengundi pos – dianggarkan mempunyai 420,000 orang, di mana 300,000 daripadanya adalah anggota simpanan[iii]. Justeru itu, anggota tentera simpanan tidak perlu bertugas pada hari mengundi dan tidak patut dimasukkan ke dalam kategori pengundi pos.
BERSIH 2.0 telah mencadangkan agar undi pos dimansuhkan dan digantikan dengan undi awal sehari sebelum hari mengundi dan jumlah undi dikira di pusat mengundi pada penghujung hari tersebut. Cadangan BERSIH 2.0 adalah sebahagian daripada tuntutan kami untuk memperbaik proses pilihan raya dan telah dihantar kepada SPR pada April tahun lalu, dalam usaha untuk mencegah dan meminimakan penipuan pilihan raya. Bajet 2018 membenarkan pemansuhan undi pos dan menggantikannya dengan undi awal. SPR tidak mempunyai alasan untuk membuka undi pos kepada kategori- kategori di atas yang amat besar dan tidak berasas.
BERSIH 2.0 mendesak SPR untuk segera menghentikan pendaftaran pengundi pos dan meneliti semula permohonan undi pos untuk memastikan agar para pengundi adalah pengundi sah ke arah merealisasikan P dilaksanakan dengan bersih dan adil.
‘SATUKAN TENAGA, KALAHKAN PENIPUAN’
Dikeluarkan oleh :
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0
Sumber
[i] http://www.sinarharian.com.my/nasional/spr-dapat-peruntukan-lebih-1.750250
[ii] http://says.com/my/news/barisan-nasional-wins-federal-government-what-happens-now-after-pru13
[iii] https://www.globalfirepower.com/country-military-strength-detail.asp?country_id=malaysia