Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) meminta kerajaan negeri Sarawak yang dipimpin oleh Gabungan Parti Sarawak untuk memberi peruntukkan RM 5 juta kepada semua ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan sama rata. Para pengundi di kerusi-kerusi DUN yang dimenangi oleh parti PKR dan DAP tidak seharusnya didiskriminasi kerana mengundi calon pembangkang
Satu petisyen telah dilancarkan pada 10 Jun 2018 oleh Pengerusi BERSIH 2.0 Sarawak, Ann Teo yang mana menuntut agar peruntukkan sama rata untuk setiap ADUN. BERSIH 2.0 berharap rakyat Malaysia menandatangani petisyen tersebut, sekaligus menghapuskan diskriminasi dari segi keahlian parti politik. Petisyen tersebut boleh diakses di sini: https://tinyurl.com/NoPartyDiscrimination.
Dalam masa yang sama, BERSIH 2.0 menggesa kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional di negeri Pahang dan Perlis, serta kerajaan negeri Kelantan pimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk mengamalkan polisi peruntukkan sama rata untuk semua ADUN.
Justifikasi yang diberikan oleh Menteri Besar Pahang Yang Amat Berhormat Wan Rosdy Wan Ismail yang mengatakan bahawa peruntukkan untuk ADUN pembangkang bergantung kepada dana lebihan status kewangan kerajaan negeri manakala Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Openg memberitahu bahawa dana akan diperuntukkan kepada ADUN pembangkang apabila mereka menyertai parti pemimpin kerajaan negeri. Ini menunjukkan kekurangan akauntabiliti, komitmen dan tanggungjawab demokratik, dan tidak boleh diterima sama sekali.
Jelas sekali sikap berat sebelah di Dewan Undangan Negeri sesungguhnya adalah penindasan terhadap pengundi yang telah memilih calon pembangkang dengan menghukum pengundi ini kerana menggunakan hak mereka untuk mengundi calon atau parti politik dengan bebas. Ini menjejaskan hak rakyat untuk mengundi yang tertera di bawah Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan.
BERSIH 2.0 mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri yang lain yang memulakan memperuntukkan dana bagin ADUN pembangkang. Demi memastikan kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya Kerjaan Negeri Johor yang telah memberikan peruntukkan sama rata bagi setiap ADUN.
Kami juga mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam dan Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong yang mana telah menuntut agar Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Menteri Perlis, Azlan Man untuk memberikan peruntukan yang sama kepada semua wakil rakyat di kedua-dua negeri.
BERSIH 2.0 menyeru kerajaan persekutuan dan semua kerajaan negeri untuk menolak politik berparti dan mendukung kepentingan dan kesejahteraan semua penduduk, warganegara dan pengundi. Ketua-ketua Menteri dan Menteri Besar seharusnya harus bersikap adil ketika menggunakan kuasa mereka dalam kapasiti ini dan tidak memberi keutamaan kepada kepentingan parti atau politik semata-mata.
Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0