BERSIH 2.0 ingin menjelaskan pendirian berkaitan pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.
Dalam kenyataan media bertarikh 21 Jun 2018, BERSIH 2.0 telah menggariskan kriteria calon bagi jawatan tersebut. BERSIH 2.0 mengakui bahawa ketiga-tiga bekas Pengerusi BERSIH 2.0 mempunyai integriti yang sempurna dan memiliki pengetahuan serta pengalaman yang diperlukan dalam hal ehwal pilihan raya. Walaubagaimanapun, kami telah mendapati bahawa ketiga-tiga bekas pengerusi tersebut mempunyai tanggungjawab dan peranan lain yang lebih penting. Oleh itu, BERSIH 2.0 ingin menjelaskan bahawa kami tidak mencadangkan nama mereka untuk dipertimbangkan bagi kedudukan itu.
BERSIH 2.0 yakin bahawa masih ramai calon lain yang bebas, berpengalaman dan berpemikiran reformasi serta mempunyai kelayakan penuh untuk mengambil alih SPR.
Dikeluarkan oleh
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0