Sekumpulan pakar sistem pilihan raya yang diiktiraf di peringkat Malaysia dan antarabangsa akan mengadakan Meja Bulat Reformasi Pilihan Raya selama dua hari bermula 30 November dan berakhir 1 Disember 2018 bertempat di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.
Tujuan meja bulat tersebut adalah untuk membantu Malaysia bergerak ke hadapan dalam memperbaharui sistem pilihan raya serta memastikan proses pilihan raya yang adil, bebas dan telus. Satu laporan sintesis termasuk isi penting tindakan utama yang diperbincangkan oleh meja bulat akan diterbitkan pada awal tahun 2019.
“Meja bulat ini adalah tepat pada masanya kerana Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sedang melihat semua langkah-langkah pembaharuan yang diperlukan bagi memastikan sistem pilihan raya yang adil dan telus di Malaysia. Kami sedang melihat amalan yang terbaik di seluruh dunia dan akan mengambil pengalaman daripada negara-negara lain serta pengetahuan yang luas daripada pemegang-pemegang taruh yang hadir bagi meningkatkan kecekapan proses pilihan raya dan menaikkannya kepada piawaian universal”, ujar Azhar Azizan Harun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.
“Manifesto Pakatan Harapan menekankan keperluan untuk reformasi pilihan raya. Kami berharap Meja Bulat ini dapat membantu kerajaan bagi menambahbaik proses pilihan raya, yang sebahagiannya dipelajari daripada pengalaman dan amalan yang baik daripada negara-negara lain”, ujar Thomas Fann, Pengerusi BERSIH 2.0.
“Kami terangsang oleh perubahan yang aman dan demokratik yang berlaku di Malaysia serta berharap agar pengalaman kami dapat memberi sumbangan untuk penambahbaikan sistem pilihan raya hasil daripada kerjasama dengan pelbagai negara di seluruh dunia. Laporan sintesis meja bulat ini akan menghasilkan alat yang penting untuk memperdalam demokrasi di Malaysia dengan lebih lanjut”, ujar Alan Doss, Presiden Yayasan Kofi Annan, wakil penganjur bersama badan-badan antarabangsa untuk Meja Bulat.
Meja Bulat ini terdiri daripada sembilan sesi, setiap satunya akan meliputi aspek reformasi pilihan raya yang berbeza.
Sesi-sesi tersebut adalah:
1. Reformasi sistem pilihan raya: Mengurus politik identiti, perwakilan yang adil dan pertandingan politik yang sihat;
2. Memastikan perwakilan yang adil: Persempadanan Semula dan lukisan persempadanan;
3. Pendaftaran pengundi dan integriti daftar pemilih;
4. Memudahkan penyertaan undi tidak hadir dalam pilihan raya;
5. Integriti pilihan raya di era digital: Ancaman dan Peluang;
6. Kawalan pendanaan politik bagi memastikan politik bersih;
7. Tanggungjawab dan kuasa kerajaan sementara selepas pembubaran parlimen;
8. Penguatkuasaan akta pilihan raya terhadap kesalahan pilihan raya: Institusi dan Koordinasi;
9. Memastikan kebebasan badan pengurusan pilihan raya.
Peserta bagi acara dua hari ini adalah parti-parti politik, organisasi gerakan sivil, ahli-ahli parlimen, senator, Pejabat Speaker Dewan Rakyat, Suruhanjaya Pilihan Raya, Jawatankuasa Pembaharuan Pilihan Raya, Pejabat Menteri Undang-Undang, Pejabat Peguam Negara, dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPRM).
Pakar-pakar Antarabangsa termasuklah:
Sir John Holmes, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya United Kingdom, Encik Rahmat Bagja, Pesuruhjaya BAWASLU, badan pemantau pilihan raya Indonesia, Encik Maarten Halff, Pegawai Kanan Hal-Ehwal Politik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Encik Hadar Gumay, mantan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Encik Alan Doss, Presiden Yayasan Kofi Annan, Prof. Jorgen Elklit daripada Universiti Aarhus, Denmark, Prof Yuko Kasuya daripada Univeristi Keio, Jepun, Encik Rumbidzai Kandawasvika-Nhundhu, Ketua Partisipasi Politik dan Perwakilan IDEAS Antarabangsa, Encik Damaso Magbual daripada Asian Network for Free Election, Encik Peter Erben, Penasihat Kanan Global IFES, Encik Vasu Mohan, Pengarah Wilayah Asia Pasifik IFES , Encik Mario Mitre daripada National Democratic Institute, Cik Mir Nadia Nivin, Penasihat Pentadbiran UNDP Malaysia, Cik Nirmala Devi Windgaetter, Setiausaha Global Bersih.
Pakar-pakar Tempatan adalah:
Tan Sri Abdul Rashid bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pembaharuan Pilihan Raya, Encik Azhar Azizan Harun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Dr. Wong Chin Huat daripada Penang Institute, Profesor Madya Dr. Faisal Hazis, daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan, mantan Presiden Majlis Guam Malaysia, YB Khoo Poay Tiong, ahli parlimen Kota Melaka, Profesor Edmund Terence Gomez daripada University Malaya, Encik Thomas Fann, Pengerusi BERSIH 2.0, Encik Seah Hong Yee, BERSIH 2.0, Encik Keith Rozario, Konsultan Bebas ICT dan Encik Yap Swee Seng, Pengarah Eksekutif BERSIH 2.0.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Meja Bulat Reformasi Pilihan Raya sila hubungi [email protected] atau 03-7931 4444
Meja Bulat ini dianjurkan bersama oleh:
Pejabat Speaker Dewan Rakyat
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPR)
Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil(BERSIH 2.0)
Yayasan Kofi Annan
The International Institute for Democracy and Electoral Assistance (International IDEA)
The International Foundation for Electoral Systems (IFES)
Global Bersih