Kenyataan Media (10 Disember 2018): Pengumuman PM tidak wajar- Rujuk semua pihak berkepentingan sebelum memberi keputusan berkenaan pilihanraya kerajaan tempatan
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) kecewa dengan pengumuman Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad bahawa tidak akan ada pilihan raya di peringkat kerajaan tempatan. Pengumuman tersebut kelihatan tidak mendapat nasihat yang sewajarnya dan adalah satu langkah kebelakang untuk proses pendemokrasian yang lebih luas