Kenyataan Media (21 Februari 2019): DEBAT BATAL DISEBABKAN TIADA PENYERTAAN CALON DARI PH DAN BN

Dukacitanya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengumumkan kepada bahawa kami akan membatalkan debat antara calon PRK Semenyih yang dijadualkan pada 25 Februari kerana hanya dua daripada empat calon yang telah bersetuju dengan jemputan debat kami.

Dua calon tersebut adalah calon PSM Nik Aziz Afiq Abdul dan calon bebas Kuan Chee Heng. Calon daripada Pakatan Harapan(PH) dan Barisan Nasional(BN) telah menolak jemputan kami untuk berdebat. Kami memutuskan bahawa debat yang akan dibuat secara langsung melalui saluran TV Nasional tidak lagi bermakna tanpa penyertaan calon daripada dua gabungan utama politik negara tersebut.

Bersih 2.0 mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua calon tersebut kerana keinginan mereka untuk berdebat dan menyatakan kekecewaan yang teramat dengan calon PH Muhammad Aiman Zainali dan calon BN Zakaria Hanafi kerana menolak peluang untuk menyatakan idea serta pandangan berkenaan isu yang menyentuh pengundi di Semenyih dengan platform seperti debat. Keengganan mereka untuk berdebat membangkitkan persoalan kesesuaian mereka untuk mewakili penduduk Semenyih, kerana salah satu kriteria utama untuk menjadi wakil rakyat adalah kemampuan berdebat di Dewan Undangan Negeri.

Kriteria utama seterusnya adalah untuk menjadi wakil rakyat adalah keberanian untuk berhadapan dengan penelitian ramai sebagai pemidato awam serta pendirian yang diambil untuk sesuatu isu dan polisi. Bersih 2.0 tidaklah ingin mengatakan bahawa Muhammad Aiman dari PH atau Zakaria dari BN sebagai pengecut atau tidak mampu berdebat namun ramai pengundi di Semenyih yang tidak dapat menghadiri ceramah mereka tidak akan dapat menilai calon tersebut dengan baik. Sekiranya mereka menyertai debat ini, mereka akan mendapat peluang untuk bercakap kepada sekurang-kurangnya sejuta rakyat Malaysia, termasuklah ribuan pengundi di Semenyih. Pada PRK Cameron Highlands, TV1 sahaja telah merekodkan 749,000 penonton manakala untuk siaran Astro Awani kami tidak mendapat data daripada mereka.

Bersih 2.0 mendapati alasan Muhammad Aiman, sebagimana yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Harapan Syed Saddiq, seorang juara debat, bahawa Muhamamd Aiman enggan berdebat kerana keengganan calon BN seperti satu penghinaan kepada dua orang lagi calon PRK yang telah setuju untuk berdebat dengan beliau. Adakah beliau bermaksud calon PSM Nik Aziz Afiq dan calon bebas Kuan tidak layak untuk bertanding dengan beliau?PH sewajarnya menunjukkan kepimpinan melalui tauladan dengan melakukan apa yang betul daripada membenarkan keenganan BN untuk mengarahkan apa yang perlu dan tidak perlu seperti kes ini.

Bersih 2.0 yakin bahawa debat politik antara calon bertanding harus dijadikan budaya baru untuk politik Malaysia dan ianya akan mengukuhkn demokrasi di negara kita. Selain itu, di era baharu kesedaran kesalahan pilihan raya oleh semua parti, risiko pelanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan penganjuran majlis yang konvensional seperti makan malam, konsert percuma, cabutan bertuah dan pemberian hadiah adalah sentiasa berlaku. Dari sudut lain, debat yang tersusun adalah satu cara untuk calon-calon bercakap kepada pendengar dengan lebih meluas bagi menerangkan cadangan polisi serta kefahaman mereka tentang isu-isu tempatan. Kami ingin menggalakkan budaya politik yang positif dimana calon-calon dapat memberitahu kita mengapa mereka harus dipilih dan bukannya hanya kenapa calon lawan tidak seharusnya dipilih.

Bersih 2.0 mengambil inisiatif ini untuk menganjurkan debat antara calon bertanding kerana kami yakin debat secara langsung dimana semua calon diberikan masa siaran yang sama dan peluang untuk merespon persoalan utama daripada pengundi akan mewujudkan padang yang sama rata kepada semua calon. Kami juga percaya apabila debat menjadi norma kepada calon-calon, parti-parti politik akan dipaksa untuk mengkedepankan calon yang lebih berkualiti dan berkemahiran sekaligus ini akan menaikkan had sebagai wakil rakyat.

Walaupun kecewa dengan pembatalan debat di PRK Semenyih, kami akan terus menggerakkan budaya debat dan pada PRK Rantau di mana Pemangku Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamad Hasan dijangkakan mempertahankan kerusi beliau, kami berharap beliau akan mengambil peluang ini untuk berdebat dan menjadi tanda kepada era baharu politik matang kepada BN dibawah kepimpinan beliau dan apabila beliau menyahut cabaran ini, PH tidak akan menolaknya lagi.

Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0