Kenyataan Media Bersih 2.0 (Sabah) 5 Mei 2019: Forum PRK Sandakan

Mengambil kesempatan Pilihanraya Kecil (PRK) P.186 Sandakan yang sedang berjalan sebelum ke hari pengundian pada 11 Mei 2019 ini, Bersih Sabah akan menganjurkan satu forum untuk membawakan suara calon-calon yang bertanding tentang apa idea dan perancangan mereka sekiranya memenangi kerusi parlimen Sandakan ini.
Kami telah menghantar jemputan kepada semua calon-calon namun sayangnya hanya calon bebas yang sedia untuk berforum. Calon daripada DAP dan PBS tidak dapat hadir kerana menurut kedua-duanya, mereka telah mempunyai jadual yang padat dan tidak dapat diubah.
Calon yang akan berforum adalah Hamzah Abdullah, calon bebas, Saudara Sulaiman Abdul Samat, calon bebas, dan Saudara Chia Sew Yong, calon bebas.
PRK kali ini adalah PRK yang pertama untuk rakyat Sabah selepas 9 Mei 2019, dan menjadi penanda satu tahun pemerintahan Pakatan Harapan dan Warisan di Sabah. Sehubungan itu, kami ingin menyemarakkan ruang kebebasan bersuara dan demokrasi dalam negara dengan menampilkan calon-calon untuk berkongsi visi mereka untuk membantu rakyat Sabah khususnya dan rakyat Malaysia umumnya membuat keputusan dalam PRK Sandakan.
Forum PRK Sandakan akan diadakan pada 6 Mei 2019, jam 10 pagi bertempat di Hotel Labuk, Bandar Labuk Jaya, Sandakan.
Forum ini terbuka kepada orang awam dan masuk adalah percuma. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saudara Asraf(0145724007).
Dikeluarkan oleh,
Bersih 2.0(Sabah)