Kenyataan Media (11 Jun 2019): Kutipan Dana Bersih 2.0-Menjamin Reformasi, Sokong Bersih 2.0!

Walaupun rakyat berjaya menukar kerajaan melalui peti undi namun banyak isu-isu mendasar masih kekal. Pembahagian sempadan tidak sekata dan gerrymandering kawasan pilihan raya masih tidak berubah, SPR dan institusi awam yang lain masih tidak bebas, proses pilihan raya dan undang-undang perlu dikemaskini dan ditambahbaik.

Lebih satu dasawarsa berjuang dan protes, Bersih 2.0 telah menuntut untuk reformasi dan Pakatan Harapan telah menerima kebanyakan tuntutan ini di dalam manifesto mereka iaitu Buku Harapan. Kini masanya untuk Bersih 2.0 memastikan kerajaan PH bertanggungjawab ke atas janji manifesto dan menjamin reformasi yang kita perjuangkan dengan gigih selama ini dilaksanakan. Kami mahu melihat Malaysia mempunyai institusi yang kukuh yang menjaga demokrasi berparlimen kita supaya kehendak rakyat akan senantiasa digemakan melalui pilihan raya bersih dan adil.

Untuk tujuan ini, Bersih 2.0 secara rasminya akan melancarkan kempen kutipan dana bagi mengutip RM1.4 juta (RM700,000 setahun) untuk menyokong kerja-kerja kami bagi reformasi pilihan raya dan institusi selama dua tahun bagi tempoh 2019-2020.

Dana ini akan digunakan seperi berikut:

  • Program – RM640,000
  • Operasi pejabat – RM154,400
  • Staf – RM605,600

Dana program akan dibelanjakan seperti berikut:

  1. Reformasi Pilihan Raya – RM357,000
  • Menyediakan 2 pindaan bil bagi memastikan kebebasan SPR dan mengemaskinikan Akta Kesalahan Pilihan Raya.
  • Kempen untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk Reformasi Pilihan Raya
  • Kempen untuk proses persempadanan yang baharu bagi membetulkan pembahagian tidak sekata dan gerrymandering.
  • Kempen untuk pengundi tidak hadir atau menambahbaik proses undi pos bagi mereka yang bertugas di luar kawasan mengundi dan pengundi luar negara.

   2. Reformasi Parlimen-RM48,000

  • Reformasi Parlimen dan mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen
  • Mengemaskini Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara

3. Pemantauan dan Pemerhatian Pilihan Raya-RM111,000

  • Menjalankan 15 pemerhatian dan pemantauan pilihan raya dalam negara.
  • Menjalankan 15 latihan bagi pemerhati pilihan raya yang akan direkrut untuk memerhati PRK.
  • Mengadakan 8 debat/forum untuk calon-calon pilihan raya.
  • Membina aplikasi fon untuk membuat aduan kesalahan pilihan raya.

4. Mengembalikan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan-RM64,000

  • Menjalankan kajian untuk menghasilkan cadangan dan pindaan bil bagi mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan
  • Menganjurkan satu bengkel konsultasi di peringkat nasional  untuk kempen secara nasional bagi mengembalikan pilihan raya tempatan.
  • Menganjurkan 12 forum pilihan raya kerajaan tempatan di seluruh negara.

5. Pendidikan Sivik bagi demokrasi untuk mahasiswa-RM30,000

  • Menjalankan 10 forum/bengkel demokrasi dan reformasi pilihan raya di universiti dengan mensasarkan mahasiswa dan golongan belia
  • Mengadakan 2 kem demokrasi dan reformasi pilihan raya bagi mahasiswa dan belia
  • Menjalankan 10 kempen daftar pengundi dan mendaftarkan 5,000 mahasiswa dan belia sebagai pengundi baru

6. Projek khas untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak-RM30,000

  • Menjalankan 50 hari kempen daftar pengundi dalam 2 tahun dengan sasaran mendaftarkan 4000 pengundi baru
  • Menjalankan 10 bengkel pengundi bijak di bandar yang berbeza di Sarawak
  • Menjalankan 2 bengkel latihan untuk pelatih untuk sukarelawan di Sarawak dalam persediaan untuk memantau dan memerhati PRN Sarawak yang akan datang

Sebagai salah satu aktiviti kutipan dana, Bersih 2.0 akan menganjurkan makan malam kutipan dana pada 20 Julai 2019, 7.30 malam di Hotel Armada, Petaling Jaya. Harga tiket makan malam adalah RM1000 untuk satu tiket ataupun RM10,000 untuk satu meja.

Makan malam ini akan menampilkan Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann dan mantan pengerusi termasuklah Sasterawan Negara A. Samad Said, mantan ahli IRC Ambiga Sreenevasan dan ahli parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, serta editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan kartunis Zunar.

Untuk membeli tiket atau mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi kami di 03-79314444, 019-4380428(WhatsApp) atau [email protected] atau lawati https://www.bersih.org/fundraising/ (semua maklumat kutipan dana akan dimasukkan ke laman web ini)

Kami juga mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai tidak yang tidak dapat hadr ke makan malam ini tidak kira seberapa banyak pun seikhlas hati. Sumbangan boleh disalurkan melalui saluran bank atas talian (dengan tajuk sumbangan) / deposit tunai secara langsung(sila kemukakan slip bank kepada kami) / cek kepada akaun berikut:

Nama Akaun: Bersih & Adil Network Sdn Bhd

Nombor akaun: 512295102931

Nama Bank: Maybank(Cawangan PJ Old Town)

Swift code: MBBEMYKL

Reformasi dalam tempoh dua tahun ini sangat mustahak bagi masa depan demokrasi negara kita. Sokongan berterusan anda kepada Bersih 2.0 sangat membantu untuk menjamin reformasi ini.

Dikeluarkan oleh,

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0