Kenyataan Media Bersih 2.0
29 Oktober 2019
Bersih 2.0 Ucap Tahniah kepada Kepimpinan Baharu ABIM dan ENGAGE
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ingin mengucapkan tahniah kepada Timbalan pengerusi BERSIH 2.0, Muhammad Faisal Abdul Aziz yang dipilih sebagai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) semasa Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada 25-27 oktober 2019.
Kami juga dengan sukacitanya mengucapkan tahniah kepada Prof Wong Chin Huat, bekas ahli jawatankuasa pemandu dan kini pakar rujuk BERSIH 2.0, yang telah dipilih sebagai Pengerusi ENGAGE yang baru untuk memimpin bagi tempoh 2019-2022.
Kedua-dua ABIM dan ENGAGE adalah badan bukan kerajaan yang menyokong pertubuhan BERSIH 2.0. Kami berharap dapat bekerjasama dengan kepimpinan baru ABIM dan ENGAGE dengan lebih rapat pada masa akan datang, terutamanya untuk menyokong reformasi pilihan raya bagi merealisasikan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia.
Dikeluarkan oleh :
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0
Kredit imej: Laman sesawang rasmi ABIM dan halaman Facebook ENGAGE