Kenyataan Media Bersih 2.0
15 November 2019
DR WONG CHIN HUAT DIHALANG DARIPADA MASUK DAN MENDAPATKAN RAWATAN DI LAPANGAN TERBANG KUCHING
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil(Bersih 2.0) terkejut dengan tindakan Pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang menafikan Pakar Rujuk kami, Dr Wong Chin Huat, selepas tekanan darah beliau naik ke 194/110 dan berada di tahap krisis hypertensi. Walaupun beberapa kali Dr Wong merayu namun pegawai terbabit masih tidak mengendahkan rayuan beliau. Terdesak, beliau terpaksa menghubungi Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dan menteri tersebut langsung menghubungi doktor di Kuching dan doktor tersebut merawat Dr Wong dua jam selepas krisis kesihatan beliau. Hanya selepas campurtangan Menteri Kerja Raya Baru Bian, barulah kerajaan negeri bersetuju membenarkan beliau dimasukkan ke hospital. Beliau telah hampir pulih selepas dirawat dengan rapi oleh Hospital Kuching dan akan dibenarkan keluar serta pulang ke semenanjung.
Bersih 2.0 mempersoalkan sifat tidak berperikemanusiaan pegawai Imigresen yang bertugas adalah disebabkan oleh kerajaan negeri Sarawak yang mengarahkan Jabatan Imigresen untuk melaksanakan tugas tanpa mengira apa pun walau nyawa manusia sedang berada dalam keadaan genting. Bersih 2.0 mengingatkan penjawat awam untuk sentiasa bersikap perikemanusiaan dan kesan tindakan mereka dalam mengikuti arahan ahli politik.
Dr Wong datang ke Sarawak sebagai ahli Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya, iaitu jawatankuasa khas yang dibentuk dibawah Jabatan Perdana Menteri. Beliau dilarang masuk ke Sarawak disebabkan beliau berada dalam senarai larangan masuk ke Sarawak namun di bawah Seksyen 69(1) Akta Imigresen beliau mempunyai hak untuk masuk kerana seksyen tersebut menyatakan “mana-mana orang yang ingin masuk ke Negeri di Malaysia Timur untuk sementara waktu atas keperluan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan kerajaan tersebut menjalankan tanggungjawab perlembagaan dan pentadbirannya”.
Dr Wong adalah penganjur utama bengkel tersebut sebagai ketua kluster sistem pilihan raya dan persempadanan kawasan bagi ERC. Bengkel tersebut bertajuk “Sistem Perwakilan Berkadaran dan Persempadanan Kawasan: Pengalaman Jerman dan New Zealand untuk rujukan Malaysia” yang melibatkan pakar dari luar negara daripada New Zealand, Jerman dan Amerika Syarikat, adalah dianjurkan bersama oleh ERC, Bersih 2.0 dan ENGAGE.
Akta Imigresen yang memberikan Sabah dan Sarawak hak untuk melarang kemasukan penduduk bukan dari Negeri Malaysia Timur sepatutnya bukan bertujuan untuk menyekat aktiviti politik yang sah atau untuk menyekat wakil Kerajaan Persekutuan daripada menjalankan tugas mereka. Seksyen 67 dan 68 Akta tersebut memberikan kebenaran kepada kumpulan yang berkenaan.
Bersih 2.0 menggesa kerajaan Sarawak untuk mengkaji semula senarai larangan dan mengangkat semua larangan kepada ahli politik dan aktivis sosial kerana larangan tersebut melanggar semangat Akta Imigresen dan Perjanjian Malaysia. Gagal berbuat demikian bermakna mereka sedang menyalahgunakan kuasa demi kepentingan sempit politik.
Bersih 2.0 mengucapkan penghargaan kepada Dr Dzulkefly Ahmad, YB Baru Bian, Timbalan Menteri YB Hanipa Maidin, Timbalan Menteri Kesihatan YB Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin, Ahli Parlimen Kuching YB See Chee How dan Menteri Industri Utama yang banyak membantu Dr Wong dalam situasi krisis.
Dikeluarkan oleh,
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0
Imej Kredit : The Malaysian Insight