Kenyataan Bersama Bersih 2.0 dan Organisasi-organisasi Masyarakat Sivil (CSOs)
Tarikh: 24 Februari 2020
Kami, organisasi-organisasi masyarakat sivil (civil society organisations, CSOs) yang bernama di bawah, merasa amat terkilan dan gusah dengan tumpangnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipilih rakyat dalam PRU14 pada 9hb Mei 2018, akibat keluarnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) daripada PH dan 11 ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada partinya.
Kami memandang percubaan untuk membentuk sebuah kerajaan pintu belakang sebagai tindakan yang melanggar demokrasi dan mengkhianati pengundi yang telah memangkah untuk perubahan. Rakyat telah memilih Pakatan Harapan dan parti-parti sepakatnya atas janji-janji dan dasar-dasar dalam manifesto masing-masing.
Penyusunan semula komponen-komponen gabungan pemerintah di pertengahan penggal melalui lompat gabungan dan parti telah menggagalkan manifesto pilihan raya PH, iaitu Buku Harapan.
Sebagai pengundi, kami berasa amat jelik dengan percaturan oleh ahli-ahli parlimen dalam gabungan pemerintah dan pembangkang yang melanggar norma demokrasi dalam politik parti yang bertanggungjawab. Parti-parti berfungsi untuk bersaing sesama lain untuk memberi rakyat pilihan-pilihan yang bermakna, bukan untuk mensabotaj sesama lain selepas pilihan raya dan bersubahat membentuk kerajaan yang tidak diundi rakyat dalam pilihan raya.
Kami menuntut tindakan berikutnya:
- Semua ahli parlimen PH yang menang atas tiket PH tetapi telah menukar ikatan parti meletak jawatan dengan serta-merta kerana mereka tidak lagi menikmati mandat Rakyat.
- Jika tidak, Parlimen dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan untuk mendapatkan mandat baru daripada Rakyat. Kami memohon kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk memperkenankan pembubaran.
Kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk meluahkan kemarahan dan kehampaan dan, bersama-sama dengan masyarakat sivil, menyuarakan kedua-dua tuntutan di atas terhadap pengkhianatan dan penguguran mandat yang diberikan kepada Kerajaan PH. Malaysia boleh meluahkan suara mereka melalui media sosial, surat kepada ahli-ahli parlimen mereka dan mengorganisasikan perhimpunan aman di mana jua mereka berada. Pembentukan sebarang kerajaan pintu belakang tidak boleh ditoleransi langsung dan tidak akan berlaku tanpa bantahan awam.
Bersih 2.0, sebagai penganjur utama kenyataan ini, akan menganjurkan Bersih 6 jika kedua-dua tuntutan kami di atas tidak dipenuhi.
Kenyataan bersama oleh
- BERSIH 2.0
- KRYSS Network
- Monsoon Malaysia
- Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
- Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
- Tindak Malaysia
- Tenaganita
- Global Bersih
- Action for Justice and Unity Foundation (MAJU)
- ENGAGE
- GERAK
- Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)
- All Women’s Action Society (AWAM)
- Gerakan Pembebasan Akademik (GPA)
- TI Malaysia
- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
- Asylum Access Malaysia
- IDC
- Center for Independent Journalism (CIJ)
- Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall Youth (KLSCAH Youth)
- Persatuan Sahabat Wanita
- Foreign Spouse Support Group (FSSG)
- Freedom Film Network
- North South Initiative (NSI)
- Sisters in Islam
- EMPOWER
- Women’s Aid Organization (WAO)
- Community Action Network (CAN)
- Pusat Komas
- Center to Combat Corruption and Cronyism (C4)
- PATRIOT
- LLG Cultural Development Centre
- Baram Kini
- Teoh Beng Hock Trust for Democracy
- Movement For Change, Sarawak (MoCS)
- Oriental Hearts and Minds Study Institute (OHMSI)
- Society for the Promotion of Human Rights (PROHAM)
- MyPJ
- Our Journey
- Partners of Community Organisations (PACOS)
- Islamic Renaissance Front (IRF)
- Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)
- Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
- Aliran
(updated 7.00pm, 25 February 2020)