Penutupan Sementara Pejabat Bersih 2.0

Berikutan pengumuman Perdana Menteri Malaysia semalam (16/3/2020) tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18/3/2020 sehingga 31/3/2020 di seluruh negara bagi mengawal wabak Covid-19, Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 telah memutuskan untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dalam memerangi wabak Covid-19 dan akan menutup pejabat BERSIH 2.0 dari 18/3/2020 sehingga 31/3/2020.

Kami juga menyeru semua rakyat untuk bekerjasama supaya kita boleh mengatasi cabaran Covid-19 ini bersama-sama.  

Sekiranya terdapat keperluan untuk menghubungi BERSIH 2.0, sila hantar e-mel ke [email protected]. Sekian terima kasih.