Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan rakan kerjasama kami ENGAGE kagum dengan kemurahan hati semua kelompok rakyat Malaysia ketika tempoh getir kesihatan dan ekonomi ini. Minggu lepas kami telah meletakkan sasaran baharu untuk menambah kutipan RM100,000 untuk menjadikan jumlah kutipan #MakanKongsi kepada RM460,000. Sehingga hari ini, 1,525 orang telah memberi sumbangan sebanyak RM461,735 kepada #MakanKongsi dan kami telah mengeluarkan 63 geran kecil berjumlah RM359,831 kepada 35 rakan kerjasama kami yang sangat berdedikasi yang bekerja setiap hari sejak permulaan PKP bagi memastikan kelompok rentan ini tidak akan berlapar.
#MakanKongsi tidak mengagihkan makanan, kewangan dan makanan asas secara terus kepada 10,000 penerima manfaat yang kami telah temui setakat ini. Kami bergantung sepenuhnya kepada usaha keras rakan kerjasama kami yang bergerak kerja dalam kalangan golongan yang memerlukan di seluruh negara. Kebanyakannya adalah NGO yang mempunyai rekod prestasi yang mantap namun ada juga dari kalangan individu yang tercetus untuk membantu oleh nurani mereka yang belas terhadap kesusahan orang lain. Ramai di antara mereka telah mengorbankan masa dan wang sendiri untuk membeli bahan makanan asas kepada orang yang tidak dikenali tanpa mengira status warganegara, etnik mahupun kepercayaan. #MakanKongsi wujud untuk membantu mereka dalam tindakan yang tanpa pentingkan diri, agar mereka tidak perlu membebankan diri dengan kewangan dan keperluan untuk mencari dana dengan sendiri.
Kami telah menetapkan proses permohonan yang jelas dan berakauntabiliti untuk rakan kerjasama mendapatkan peruntukan daripada dana yang disumbangkan oleh orang ramai. Mereka boleh memohon kepada kami secara atas talian, dan sekiranya mereka memenuhi kriteria kami yang ketat untuk bagaimana mereka akan menggunakan dana tersebut dan sekiranya mereka telah melakukan siasatan wajar bagi memastikan penerima manfaat yang dimaksudkan adalah benar-benar memerlukan, jawatankuasa pengesahan kami akan meluluskan dan memindahkan dana kepada mereka dalam 24 jam, kadangkala pada hari yang sama. Rakan kerjasama kami perlu menghantar laporan ringkas dengan bukti bergambar penerima menerima bantuan tersebut.
#MakanKongsi akan terus mempertingkatkan tahap ketelusan dan akauntabiliti kami kepada para penyumbang, dan bagi tujuan tersebut kami menyediakan pautan ini kepada orang ramai yang ingin melihat senarai rakan kerjasama, peruntukan yang diberikan, jumlah penerima, komuniti, lokaliti, jumlah sumbangan, jumlah diagihkan dan baki dana kami. Anda boleh melihat senarai tersebut di sini: https://bit.ly/MKpartners
Dana yang disumbangkan kepada #MakanKongsi telah sampai ke banyak komuniti termasuklah rakyat jalanan, rakyat Malaysia B40, Orang Asli/Asal, ibu tunggal, golongan kelainan upaya, transgender, pekerja asing dari Indonesia, Kemboja, Bangladesh, Rohingya dan pelarian dari Sri Lanka, Myanmar dan Pakistan. Kebanyakan daripada mereka ini dalam keadaan kebuluran apabila #MakanKongsi dihubungi bagi mendapatkan bantuan.
Kami juga ingin memberikan penghargaan terhadap dokongan daripada organisasi media seperti Malaysiakini yang menyediakan ruang iklan secara percuma di portal mereka dan The Edge Malaysia yang menyediakan kami iklan separuh halaman dalam penerbitan mingguan mereka. Solidariti daripada mereka bersama dengan golongan rentan ini adalah begitu terpuji.
Kami berharap agar perlawanan menentang Covid-19 akan berjaya dan PKP ini dapat diangkat secepat yang mungkin, namun komuniti rentan ini akan terus memerlukan bantuan dan oleh sebab ini kami akan terus menerima sumbangan bagi mendokong rakan NGO dan individu kami. Setiap nyawa adalah berharga dan setiap Ringgit yang disumbang sangat bernilai.
Anda boleh menyumbang melalui rakan pembayaran kami Bold.pay dengan menggunakan kad kredit, debit, perbankan atas talian (online), e-Wallet (Boost, Grabpay, TnG, Mc zash, QRPay) dengan mengklik kepada pautan ini: https://boldpay.cc/Catalogue/makankongsi
Atau sumbang secara langsung ke akaun kami:
Bank: Maybank (PJ Old Town Branch)
Nama: Bersih & Adil Network Sdn Bhd
No. akaun: 512295102931
Rujukan: MakanKongsi
Sekiranya anda memerlukan resit, sila e-melkan resit bank anda ke [email protected] selepas pemindahan wang anda.
Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0
Jawatankuasa Eksekutif ENGAGE
#KitaJagaKita
#LawanCovid19
#NoOneLeftBehind
#StrongerTogether