Kenyataan Media Bersih Sabah(2 September 2020)- Calon Pilihan Raya Bersih: Pastikan Calon Pilihan Raya Bebas Tuduhan Rasuah dan Isytiharkan Aset

Kenyataan Media Bersih Sabah
2 September 2020

Calon Pilihan Raya Bersih: Pastikan Calon Pilihan Raya Bebas Tuduhan Rasuah dan Isytiharkan Aset

Dalam tempoh sehingga Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri Sabah pada 12 September 2020, Bersih Sabah menggesa semua parti politik yang ingin bertanding untuk mencalonkan calon yang bebas daripada segala tuduhan mahkamah, termasuk kes rasuah, dan membuat pengisytiharan aset secara terbuka dan disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM).

Bersih Sabah juga ingin mengingatkan kerajaan negeri Sabah dan kerajaan persekutuan untuk tidak menyalahgunakan sumber kerajaan untuk berkempen mendapatkan undi kerana ini sama seperti menggunakan duit pembayar cukai bagi manfaat parti sendiri. Sepatutnya ada padang yang sama rata diwujudkan kepada semua parti dan calon yang ingin bertanding. Kami sekali lagi ingin mengulangi gesaan kami untuk pilihan raya yang bebas, bersih dan adil serta semua pihak untuk mematuhi undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sebagaimana di PRK Chini dan Slim, SOP dari Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) semasa pilihan raya akan dilaksanakan oleh SPR. Semua pengundi dan parti politik perlu diingatkan untuk mematuhi SOP yang digariskan.

Kami juga menyeru semua pengundi untuk keluar mengundi bagi memastikan bahawa pilihan raya negeri kali ini dijalankan dengan bebas, bersih dan adil dengan keputusan yang berwibawa.

Bagi memastikan kelancaran pemantauan pilihan raya, Bersih Sabah ingin mengajak semua rakyat berumur 21 tahun ke atas untuk menyertai Pemantau Bersih. Sila e-mel ke [email protected] atau Whatsapp ke 014-5724007.

Dikeluarkan oleh:
Bersih Sabah