Kenyataan Media BERSIH 2.0 (7 November 2020): Pasukan Baharu Dipilih Untuk Menjadi Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 Sesi 2020-2022

Jawatankuasa Pemilihan bagi Pilihan Raya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) suka cita mengumumkan bahawa pemilihan Jawatankuasa Pemandu sesi 2020-2022 telah dijalankan dengan jayanya hari ini dan keputusannya adalah seperti berikut:

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Sesi 2020-2022

Pengerusi: Thomas Fann
Timbalan Pengerusi: Dr Abdul Halim Yusof
Naib Pengerusi Sabah: Beverly Joeman
Naib Pengerusi Sarawak: Ann Teo Chiang Joo
Bendahari: Ngeow Chow Ying

Ahli jawatankuasa:
Alex Johnson
Akmal Hisham Abdul Rahim

Seramai 19 pertubuhan dalam BERSIH 2.0 telah mengundi, mewakili 33.33% peratusan mengundi daripada 57 pertubuhan dalam gabungan ini.

Thomas Fann telah dipilih sebagai Pengerusi BERSIH 2.0 bagi penggal kedua. Turut mengekalkan jawatan adalah Ann Teo, Edlyn Beverly Joeman, Ngeow Chow Ying dan Alex Johnson yang kekal sebagai Naib Pengerusi Sarawak, Naib Pengerusi Sabah, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa. 

Dato Dr Abdul Halim Yusof, Timbalan Pengerusi yang baru dipilih mempunyai rekod yang luas dalam bidang perubatan dan akademik. Sepanjang kerjaya beliau, Dr Halim telah menunjukkan kesediaan beliau di dalam politik dan aktiviti sosial melalui beberapa NGO, badan pemikir, dan sebelum ini sebagai sebahagian Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0.

Ahli jawatankuasa baharu yang dipilih, saudara Akmal Hisham Abdul Rahim adalah ahli akademik yang cemerlang dalam bidang politik dan kini memegang jawatan sebagai ahli exco Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Dalam ucapan beliau selepas keputusan pemilihan diumumkan, Pengerusi pasukan jawatankuasa pemandu yang baharu, Thomas Fann, mengucapkan setinggi penghargaan kepada ahli Jawatankuasa Pemandu di atas dedikasi dan ketabahan mereka sepanjang sesi kepimpinan. Beliau mengalukan kehadiran ahli baharu dan ahli yang kekal menjadi jawatankuasa untuk sesi 2020-2022 serta mengharapkan ahli jawatankuasa ini akan mengemudi gerakan ini menempuhi samudera yang tidak menentu oleh situasi politik terkini dan wabak Covid-19 bagi menggapai pencapaian yang lebih tinggi.

Dikeluarkan oleh,
Ivy Josiah and Liau Kok Fah
Jawatankuasa Pemilihan Bersih 2.0