Seruan Kepada 50,000 Rakyat Untuk Sumbangan Rm10 Tanda Solidariti Kepada Malaysiakini

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) melahirkan rasa bimbang dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang telah mendapati portal berita Malaysiakini menghina mahkamah melalui komen berkenaan kehakiman yang dikirim oleh pembaca mereka dan oleh itu didenda RM500,000. Keputusan oleh mahkamah tertinggi ini menghantar mesej yang mengerikan kepada semua rakyat Malaysia dan agensi media yang percaya bahawa kebebasan bersuara adalah hak asasi serta kebebasan media adalah bahagian penting kepada masyarakat yang bebas dan demokratik.

Denda RM500,000 adalah lebih tinggi daripada yang dipohon oleh Jabatan Peguam Negara iaitu sebanyak RM200,000 dan mereka perlu membayarnya sebelum 24 Februari 2021.

BERSIH 2.0 menyeru 50,000 rakyat Malaysia untuk bersolidariti bersama Malaysiakini dengan menyumbang RM10 kepada portal berita ini.

Sesiapa yang ingin menyumbang kepada “Dana Pertahankan Malaysiakini” boleh berbuat demikian ke:

Nama akaun: Mkini Dotcom Sdn Bhd
Nombor akaun: 5142 5351 6714 (Maybank)
Kod Swift: MBBEMYKL

Alamat cawangan: Dataran Maybank, Level 1 Tower A, Dataran Maybank, 59000 Kuala Lumpur.

Anda juga boleh menyumbang menggunakan kad kredit dengan menghubungi mereka di +603 7770 0000

Anda boleh mengesahkan maklumat perbankan dan fakta kes di:

https://www.malaysiakini.com/news/563556

Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0