Day: October 28, 2021

Progam Gerai Prihatin Rakyat Anjuran PN Melaka Melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya

Merujuk kepada aktiviti Gerai Prihatin Rakyat yang akan dianjurkan oleh Perikatan Nasional (PN) Melaka pada 30 Oktober 2021 di Kampung Tersusun Jus Permai, Kelebang, Melaka(1), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memberi amaran kepada parti-parti politik bahawa beberapa perkara di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya sudah pun mula berkuat kuasa apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terbubar pada 4 Oktober lepas.