Ketuanan Pengundi@Sabah

Ayuh sertai Roadshow dan Townhall Ketuanan Pengundi@Sabah!

Ketuanan Pengundi (Voters Supremacy) adalah kempen untuk memperkasakan pengundi melalui reformasi sistem dan institusi dalam negara kita. Malaysia memerlukan penyelesaian konkrit untuk mengembalikan harapan kepada pengundi selepas Langkah Sheraton yang menyaksikan pertukaran Perdana Menteri sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun dan kejatuhan kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri akibat gejala lompat parti.

Tarikh: 13/8/2022 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi- 1.00 petang
Tempat: Golden Hotel, Sembulan, Kota Kinabalu

Hadirin yang ingin sertai boleh mengisi Google Form untuk pendaftaran:
https://bit.ly/ketuananpengundisabah

KELUAR UNDI, BERSIHKAN POLITIK