SPR dan NADMA Perlu Keluarkan SOP Pengundi Jika Banjir (UndiBanjir)

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sekiranya banjir terjadi semasa pengundian (UndiBanjir)

SPR yang akan bermesyuarat esok (20 Oktober) untuk menentukan hari penamaan dan hari pengundian perlu juga mengumumkan pelan kontigensi untuk mengelakkan halangan pengundian akibat bencana banjir.

SPR juga perlu memastikan wakil mereka untuk duduk di dalam Jawatankuasa Pengurusan Banjir di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah, bagii memastikan keputusan untuk menyelamatkan nyawa dan memelihara demokrasi diseimbangkan daripada menafikan satu atau yang lain.

BERSIH menyeru semua institusi – politik dan tidak dipilih – untuk menghormati peranan SPR sebagai institusi bebas dan memberikan ruang yang secukupnya bagi membuat keputusan profesional dalam proses pilihan raya.

Adalah mendukacitakan bahawa Parlimen dibubarkan semasa musim banjir dan tidak menuruti nasihat pakar. SPR tidak wajar didesak untuk menjalankan pilihan raya dengan risiko nyawa atau halangan pengundian.

Banjir kilat yang melanda Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran (9 Oktober) dan Pulau Langkawi (26 Oktober) menafikan mitos politik yang UndiBanjir boleh dielakkan jika pilihan raya dijalankan awal November.

SPR, NADMA dan tiga peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana perlu bersedia untuk situasi jika banjir kilat di P104 Pulau Langkawi berlaku pada atau sebelum hari pengundian.

Daripada laporan media, sekurang-kurang 30 kawasan penduduk dibanjiri, melibatkan 14 daripada 27 daerah pengundian dan berpotensi menjejaskan 38,118 pengundi atau 57% daripada 66,808 pengundi Pulau Langkawi.

Daripada 14 sekolah atau dewan di kawasan terjejas di daerah pengundian yang telah digunakan sebagai pusat pengundian, 1 sekolah telah terjejas dan 1 telah tersenarai di kawasan amaran banjir.

Jika tarikh pilihan raya pada 17 Oktober (satu hari selepas banjir), apa langkah yang akan diambil – pemanjangan tempoh pengundian? Pengangkutan pengundi dengan bot di kawasan kurang terjejas ke pusat pengundian? Peti undi bergerak dalam pusat pemindahan banjir bagi memindahkan mangsa banjir? Penangguhan pilihan raya?

SOP yang dihasilkan oleh SPR dengan libat urus oleh NADMA perlu mempunyai perkara berikut:

  1. Apakah langkah pemulihan yang akan diambil – pemanjangan tempoh pengundian? Pengangkutan pengundi dengan bot di kawasan kurang terjejas ke pusat pengundian? Peti undi bergerak dalam pusat pemindahan banjir bagi memindahkan mangsa banjir? Penangguhan pilihan raya?
  2. Apakah garis merah untuk mempercepatkan pemulihan – Berapakah peratusan pengundi terjejas (atau turun mengundi rendah) untuk menjustifikasi pemanjangan tempoh pengundian? Berapa peratus pengundi atau berapa banyak daerah pengundian terjejas untuk menangguhkan pilihan raya di kawasan tersebut? Berapa peratus kawasan terjejas untuk menangguhkan PRU15 di seluruh negara?
  3. Siapa yang akan terlibat dalam keputusan besar tersebut? – SPR/Pengarah SPR Negeri/Pegawai Pengurus Pilihan Raya? Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan/Negeri/Daerah/ Calon? Parti yang bertanding?

Sebarang keputusan untuk menangguhkan pengundian – walaupun sekadar beberapa kawasan yang terjejas, apatah lagi PRU15 – adalah sangat kontroversi kerana ia akan memberi kesan kepada pilihan pengundi bagi menangguhkan pilihan raya atau menyebabkan ketidakseimbangan kuasa.

Walau bagaimanapun, tidak berbuat demikian akan menyebabkan kehilangan nyawa (terutama pekerja pilihan raya dan anggota polis) atau penghalangan pengundi (di mana mangsa banjir dinafikan hak untuk menentukan masa depan negara dan negeri)

Persediaan yang tidak mencukupi semasa banjir menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda serta hak mengundi, ini juga akan mendedahkan Pegawai Kanan SPR dan NADMA kepada saman disebabkan kecuaian. Tambahan, ini akan menyebabkan negara ini kepada ketidakstabilan politik, lebih parah daripada PRU15 sepatutnya berakhir, kerana pembentukan kerajaan akan terganggu dan parti politik akan saling menyalahkan ketika negara yang sedang tenggelam ini paling memerlukan kepemimpinan.

BERSIH justeru menggesa SPR dan NADMA untuk menghasilkan SOP yang telus dan komprehensif untuk menangani pilihan raya semasa banjir, dengan proses pembuatan keputusan yang inklusif untuk membina konsensus antara parti apabil keputusan sukar perlu dibuat untuk menyelamatkan nyawa atau memelihara demokrasi.

Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH

 

 

LAMPIRAN – Bagaimana Banjir Pada Oktober Menjejaskan Pengundi di P004 Langkawi

 

  1. Kawasan pendudukan yang terjejas oleh banjir dan daerah pengundian mereka

 

No Settlements/places Polling District Electorate
of the entire Polling Districts
Voters in affected
polling districts
by State Constituency
Voters in affected
polling districts
by Parliamentary Constituency
1 Telaga Harbour Pantai Kok 004/01/01 Kuala Teriang 2,108 N01
Ayer Hangat
26,361
(81.01% of 32,540 voters)
P004
Langkawi
38,118
(57.06% of 66,808 voters)
2 Telaga Tujuh, Mukim Padang Mat Sirat 004/01/01 Kuala Teriang
3 Kampung Teluk Yu 004/01/02 Ewa 2,440
4 Jalan Kelubi 004/01/02 Ewa
5 Kampung Telaga Ayer Hangat 004/01/03 Padang Lalang 4,951
6 Kampung Sungai Itau 004/01/03 Padang Lalang
7 Kampung Padang Lalang 004/01/03 Padang Lalang
8 Kampung Pasir Hitam 004/01/03 Padang Lalang
9 Tanjung Rhu 004/01/03 Padang Lalang
10 Tabika Kemas Pasir Hitam 004/01/03 Padang Lalang
11 Kampung Kilim 004/01/04 Kilim 1,813
12 Kampung Belanga Pecah 004/01/05 Ladang Sungai Raya 3,278
13 SK Seri Lagenda 004/01/05 Ladang Sungai Raya
14 Jalan Gunung Raya 004/01/05 Ladang Sungai Raya
15 Empangan Padang Saga 004/01/07 Ulu Melaka 2,953
16 Kampung Padang Gaong / Padang Gong 004/01/07 Ulu Melaka
17 Simpang Tiga Nyior Cabang 004/01/08 Nyior Cabang 2,509
18 Pasar Padang Mat Sirat 004/01/10 Padang Mat Sirat 1,092
19 Kampung Kuala Melaka 004/01/10 Padang Mat Sirat
20 Kampung Atas 004/01/11 Kampung Atas 1,836
21 Bukit Kemboja 004/01/12 Bukit Kemboja 3,381
22 Jalan Kedawang 004/02/03 Kedawang 2,252 N02
Kuah
11,757
(34.31% of 34,268 voters)
23 Bohor Masjid 004/02/03 Kedawang
24 Buluh Penyumpit 004/02/08 Kelibang 3,513
25 SK Pulau Tuba/Pulau Tuba 004/02/12 Kampung Tuba 1,511
26 Jalan Penarak 004/02/13 Kuah 4,481
27 Batu Tampoi NA
28 Sungai Melaka NA
29 Fresh Mart Padang Putih NA
30 Kampung Sungai Melaka NA
31 Limbung Putra NA

Peta Kawasan Banjir dan Tanah Runtuh di P004 Langkawi

Untuk maklumat terperinci sila lawati: https://www.google.com/maps/d/u/0/viewer?mid=1OkQy-1OMWZH–o4Rp9mLLjYp6YTjaiY&ll=6.320671491153717%2C99.83752122790169&z=11

Sumber laporan media

  1. Free Malaysia Today (2022, Oct 16). 7 areas in Langkawi hit by floods. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/10/16/7-areas-in-langkawi-hit-by-floods/
  2. Harian Metro (2022, Oct 16). 6 kampung di Langkawi dilanda banjir [METROTV].  https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/893131/6-kampung-di-langkawi-dilanda-banjir-metrotv
  3. New Straits Times (2022, Oct 16). Kedah Civil Defence Force ready to deploy reinforcements to Langkawi. https://www.nst.com.my/news/nation/2022/10/841128/kedah-civil-defence-force-ready-deploy-reinforcements-langkawi
  4. Malaysiakini (2022, Oct 16). 37 flood victims in Langkawi relocated to PPS. https://www.sinardaily.my/article/182114/malaysia/national/37-flood-victims-in-langkawi-relocated-to-pps
  5. Sinar Harian (2022, Oct 16). [VIDEO] 14 kawasan di Langkawi dinaiki air. https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=284926
  6. Sinar Harian (2022, Oct 17). Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 67 orang. https://www.sinarharian.com.my/article/226370/edisi/utara/jumlah-mangsa-banjir-meningkat-kepada-67-orang?
  7. Harian Metro (2022, Oct 17). Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 67 orang. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/893399/mangsa-banjir-di-kedah-meningkat-kepada-67-orang
  8. Harian Metro (2022, Oct 18). Mangsa banjir di Kedah kekal 67 orang. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/893684/mangsa-banjir-di-kedah-kekal-67-orang
  9. Harian Metro (2022, Oct 19). Banjir di Langkawi: 61 penduduk di PPS. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/893987/banjir-di-langkawi-61-penduduk-di-pps