Pelancaran Laman Web Pemantau PRU15 dan Hotline Pilihan Raya

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan menghantar 100 pemantau Pilihan Raya Umum ke-15 (PEMANTAU PRU15) yang berdaftar sebagai Pemerhati Pilihan Raya berdaftar di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memantau penjalanan pilihan raya dan kesalahan-kesalahan pilihan raya oleh semua pihak terutamanya calon, parti politik, petugas pilihan raya dan pihak-pihak berkuasa yang terlibat dalam PRU15.

Sehubungan itu, BERSIH akan melancarkan laman web bagi membantu para PEMANTAU, sukarelawan BERSIH, dan orang ramai untuk melaporkan kesalahan-kesalahan pilihan raya. Terdapat 10 kesalahan dan isu pilihan raya yang akan menjadi perhatian oleh pihak kami:

1. Rasuah dan Beli Undi
2. Penjamuan Makanan dan Pemberian
3. Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan
4. Penggunaan Aset Kerajaan
5. Perbelanjaan Berlebihan
6. Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan
7. Kelakuan Berat Sebelah oleh Pegawai
8. Undi Awal dan Undi Pos
9. Masalah Hari Mengundi
10. Pengundi Hantu dan Daftar Pemilih

Orang ramai yang terlihat kesalahan-kesalahan pilihan raya ini boleh laporkan ke: https://pemantau.org/aduanpru15/. Maklumat lanjut mengenai kesalahan pilihan raya https://pemantau.org/. Laman web ini juga menyediakan soalan lazim (FAQ) untuk orang ramai menyemak maklumat sahih mengenai proses pilihan raya sebagai usaha melawan maklumat yang salah (misinformation).

BERSIH juga melancarkan talian Hotline kepada orang ramai sekiranya ada persoalan atau isu berkenaan dengan proses dan penjalanan pilihan raya. Orang ramai boleh mengajukan persoalan ke +60176842726 atau emelkan ke [email protected].

Orang ramai juga boleh mengikuti segala kempen dan gerak kerja pemantauan pilihan raya BERSIH di platform-platform media sosial berikut:

Facebook: https://web.facebook.com/BERSIH2.0
Twitter: https://twitter.com/bersihofficial
instagram: https://www.instagram.com/bersihmsia/

Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH

#KetuananPengundi
#HidupDemokrasi
#MalaysiaDeservesBetter
#MalaysiaLayakLebihBaik
#VoteFuture