Day: January 26, 2023

Sedekah atau rasuah? – Hulur duit ketika p’raya satu sogokan – Bersih

Pemberian wang tunai atau barangan berharga lain semasa pilihan raya masih merupakan satu bentuk rasuah, kata NGO Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). NGO itu menggesa penguatkuasaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan segera membentangkan Akta Pembiayaan Politik di parlimen untuk mengawal pelanggaran sedemikian.