Bersih lancar kempen tingkat jumlah keluar undi

PETALING JAYA: Bersih melancarkan kempen di sosial media bagi meningkatkan jumlah keluar mengundi menjelang PRN enam negeri.

Kempen #VoteLokal #UndiLokal, menyasar jumlah keluar mengundi 70% dan memastikan kegiatan kempen fokus terhadap isu tempatan, termasuk kebersihan, keselamatan, dan pembangunan berbanding isu nasional.

“Jika kita mahu melihat perkhidmatan, perniagaan, dan pengurusan pembangunan lebih baik dalam komuniti kita, kita perlu mempunyai kerajaan negeri yang lebih baik”, kata Pengerusi Bersih Thomas Fann pada pelancaran kempen itu.

(Pertama kali disiarkan oleh Free Malaysia Today pada 1 Ogos 2023: https://www.freemalaysiatoday.com/category/microsite/2023/08/01/bersih-lancar-kempen-tingkat-jumlah-keluar-undi/)